Thursday, March 15, 2012

kemengoman saya menjadi bukti..

Hai. Nama saya ami. Ni blog saya. Memang la kan, kalo tak haram jadah apa aku duk membebel kat sini, ye tak?

Dah. Enough with the ridiculous intro. Hari ni sungguh special. Kenapa? Sebab masa aku menaip ni, 16 Mar., 12. Ada apa ngan tarikh ni korang tanye? Ade la tu.. ha? Apa? Hari aku menjadi kamen rider double? Tak. Mana ada. Aku tak secute tu pun. Ok. Aku mengarut lagi.

Sebenarnya, aku nak story-morykan something yang aku masih rasa terkedu tak habis-habis lagi sampai sekarang. Dush, aku sungguh x tau apa yang terjadi pada aku kini. Mungkinkah minda  aku sedang berevolusi? Dari pemikiran primitive kanak-kanak pada pemikiran evolution adult yang x sedar diri? Yang matang? Entahla. Aku pun pelik.

Ok. Intro yang terlebih dan melebih-lebih kan? Jom la ami.

Baiklah. Begini kisahnya. Pada zaman dahulu kala, ada seorang nelayan tua sedang menyapu sampah di tepi perigi. Dia hidup dengan pendapatannya sebagai insan yang menyediakan baju-baju yang ditempah oleh masyarakat di kampungnya, biasanya waktu dekat-dekat nak raya la. Pada suatu..

Aisyh! Yela, yela. Saya cerita la ni. Huh, jeles la korang ni. Tak boleh ke I nak berlipur lara barang seketika? Menci la. Menci menci menci!!

Ok. Mental aku sungguh x stabil sekarang. Patut ke aku cerita kenapa aku jadi semengom ni?

Baiklah.aku citer la ni. Baru-baru ni, aku call kawan lelaki aku. Tanya pasal something yang aku x boleh cerita kat sini sebab confirm korang akan tau sape yang aku call kalo aku bagitau apa hal yang membuatkan aku call dia KALAU korang kenal aku sape di alam reality. Oleh kerana aku tau korang yang x berapa nak ramai ni, boleh dikatakan 97% kenal aku di alam maya & fana, aku x boley nak gitau.

Ok. Sambung citer. Cakap-cakap, then aku.. aku cakap terus-terang. Kalo aku cakap ngan manusia ni, mesti aku akan mula mengarut membebel yang bukan-bukan. Serius. Aku dah Berjaya wat ayat senttap sampai dia diam sebilion bicara buat seketika. Tapi ternyata ayat dia lagi mempunyai kesan yang mendalam pada mental aku. Buktinya? Tu kat atas tu. X Nampak aku dah jadi mengom ni?

Apa yang beliau bagitau aku?

Aku Tanya dia kalo-kalo dia tau sape yang baik ati sangat topupkan untuk aku. Ye, aku tau rm4 tu sikit je. X macam korang yang sekali topup rm50, dua kali topup rm200. Ye, aku sedar. Tapi oleh kerana kejadian ni sangat teramat jarang berlaku, maka aku pun berasa takjub dan aneh la di situ.

Lalu, aku mendapat jawapan yang sungguh aku tak duga. Dari lubuk hati. Jua lubuk naruni.

“Well, orang ada ramai peminat. Kan?”

Agak gedik rasanya ayat beliau di situ.

Lalu aku membalas, “sape lak yang tader keje nak minat aku.”

“***** la tu yang topupkan utk ko.”

“Asal dia nak topupkan untuk aku lak?”

“Ko x tau ke ami? ***** minat kat ko la. Dari mula-mula lagi.”

Heh, aku saje asterisk semua huruf. Korang ni cerdik. Kalo aku masukkan satu huruf pun korang dah boleh agak nanti. Ni aku letak asterisk pun aku ase korang boleh nak agak kan.

Sambung. Aku terkedu seketika. Seketika je. Tapi pastu aku mula merepek yang bukan-bukan. Mentality aku x dapat nak terima info yang baru je menerombos masuk memukul gegendang telinga aku.

Seriously. Aku takut kalo mende camni berlaku. Lagi. Apa makna suka, minat tu pada lelaki? Test market? Buat game nak tengok minah ni jenis macam mana macam mana? Atau sekadar nak berseronok konon aku remaja, so remaja kena buat apa yang mentality remaja selalu buat?

Aku takut. Kenapa? Banyak sebab. Aku takut aku akan terleka. Dan terluka. Allah dah bagi pengajaran kat aku. Camane rasa dipermainkan. Kaw-kaw lak tu. Aku dah la x pernah ada experience dalam hubungan kasih sayang antara ajnabi ni. Then, sorang lelaki hadir dan wat hidup aku lain.

Dan ternyata tu semua hanya mainan bagi dia. Perasaan aku takde harga. Dan semua tu hanya satu game untuk memuaskan hati mereka. Dan apa erti lelaki yang baru hadir ni pulak? Haruskah aku meneka? Atau patutkah aku biarkan saja? Kerna aku sangat tak pasti, entah perasaan apa pula yang ada dalam hati dia.

Sejujurnya aku akui, masa mula-mula tu aku memang agak tertarik pada dia. Sebab aku selalu rasa yang dia tengok aku. Well, biasa la orang terlebih perasaan kan? Terlebih perasaan sampai aku dah tak tahu apa yang aku rasa dan apa yang patut aku rasa.

Tapi, oleh kerana aku adalah seorang makhluk Allah yang sedar diri walopun x berapa nak sedar sangat, aku pun psiko mental sendiri. “Ami, dia bukan tengok kau. Dia tengok meja kat belakang tu.” “Ami, dia tak tengok kau. Ada pompuan cantik yang lalu belakang kau tadi tu.” “Ami. Dia xde sebab nak tengok kau camtu. Mungkin monyet yang lalu belakang kau tadi ada sayap tu.” “Ami, dia takde perasaan pun nak tengok kau. Dia tengah kutuk kau dalam hati tu. Mesti dia kata kau x pandai jaga muka sampai ada jerawat bagai tu.” “Ami. Tolong jangan perasan. Dia tak tengok kau pun. Nampak je macam dia tengok kau, tapi sebenarnya tak. Kau x tau ke mata dia juling?”

Huh. Teruk x aku nyer illness sekarang? Dua malam ke tiga malam dah aku x leh tido lena sangat sebab ni. Asyik mimpi ngeri je. Dush, aku nak wat muka bodo je. Tapi aku tau, aku xkan dapat tengok muka dia face – to –face dalam 3 4 menjak ni.

Dah. Kau nak bace apa lagi?

Dah habis la.

4 comments:

  1. wahh..x lame dh 2!!!!!!!!hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ape yg x lame nye? aku dah naik mental dah ni,,huu

      Delete
  2. waduh2...pnjg lebar ang duk merapu noh...naek pening cek bace tp pape pun, bnyk b'sabaq ya. besaqla jantan2 ni suko duk maenkan prasaan kite yg slembut bayu membelai ni..pepe, sabaq k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..aku cuma harap aku x terkena cam dulu je. susah la bila single ni. ada jela yg nk try test. huh

      Delete