Monday, March 26, 2012

mOodY mOoDy di pEtang hari,,"

Hari yang berlalu mengajar aku erti hidup yang berliku. Dalam masa beberapa saat, emosi aku bisa berubah tanpa aku sedari sebabnya. Entah kenapa. Mungkinkah ini konflik remaja yang biasa? Seakannya aku seperti mempunyai masalah yang berat, sedang aku sendiri tidak tahu menahu apa yang menggangguku itu. Aku menangis, ya. Aku menangis. Bukan kerana lelaki. Bukan kerana rasa iri. Bukan kerana tiba-tiba terasa hati. Apatah lagi kerna dicaci maki. Tapi entah mengapa aku bersedih hati. Dan yang lebih menyayat nurani, memang tiada siapa yang Allah takdirkan untuk mendengar rasa hatiku kala ini. Lalu, hanya pada Dia mampu aku meluah rasa qalbi. Dan hanya pada tanah sekangkang kera ini aku menggores mencoret rasa di sudut nubari. Ya Rabbi, kembalikanlah ami pada ami yang selayaknya menjadi ami yang terbiasa disakiti.

Detik waktu yang berlalu
Mengajarku erti hidup yang berliku-liku
Saat ku rebah, longlai dan kaku
Membuatkan diriku tabah mengikis kesilapan lalu
Dalam celahan rentetan sisa-sisa semalam
Ku teruskan perjuangan walaupun
Jiwaku kadang kala kelam
Meneroka kehidupan yang bermacam ragam
Adakalanya indah
Adakalanya membangkitkan perasaan geram...
Terlenakah aku dibuai mimpi-mimpi semalam?
Mampukah aku berdiri teguh
Seteguh gunung yang mencecah langit nan biru?
Aarghh...
Adakalanya sukar dimengertikan
Makna hidup ini...
Siapalah yang sudi memahami?
Kau? Aku? Dia? Mereka?
Tanyalah pada hati
Apa mahunya?
Tanyalah pada akal
Apa katanya?
Hidup ini mesti diteruskan
Walau apa kata mereka
Jadilah diri sendiri yang penuh pengertian
APALAH ERTINYA HIDUP
JIKA TIDAK DIMENGERTIKAN?

sajak ni my aboh yang tulis.

No comments:

Post a Comment