Friday, March 30, 2012

MDC 1: kiSaH mALam peRtaMa,,''

Aku bergegas mengejar langkah Mayamin. “Ami, cepat la!” jerit beliau memanggil aku. “Ye la. Kejap. Aku jalan la ni.”

Haisy, menyesal pulak rasanya lepas kelas tadi aku landing kejap atas katil. Tak pasal-pasal dah kelam-kabut nak ke mencari mana satu bas yang nak bawak aku pergi balik Terengganu ni. Dah 7,8 minit aku dan Mayamin berpusing-pusing di sekitar depan pagar Kolej Matrikulasi Gambang tu, tapi bayangan bas 3 ke Terengganu masih juga belum kelihatan. Walhal jarum pendek jam dah mula berganjak ke nombor enam.

“Adik, adik cari bas mana?” teguran seorang abang yang lebih aku suka untuk gelarkan beliau pakcik memutuskan lamunan pencarianku. “Terengganu 3.” Jawab Mayamin ringkas.

“Oh, kenapa tak cakap awal-awal. Bas Terengganu 3 tak ada dik.” Aku dan Mayamin dah mula menunjukkan muka terkejut beruk + tak puas hati.

“Bakpe lop?” soalan yang pure dalam bahasa negeri aku keluar tanpa sempat aku menekan brek kecemasan.

Pakcik tu hanya sekadar sengih. “Sebab orang yang nak naik bas 3 tak sampai separuh. Jadi kami tukar dengan van. Yang lebih-lebih tu kami letak dalam bas yang masih ada lompong-lompong. Dah, korang mari sini.”

Dah diajaknya kami pergi kat bas 2. Seorang gadis yang bersama pakcik tadi pun mengekori kami.

“Korang naik, isi tempat kosong.” Ces, gaya macam test lak nak isi-isi tempat kosong segala bagai. Kami pergi menyimpan beg pakaian kami di bawah. Aku melenggang kangkung seketika sebelum menyimpan beg. Waktu aku naik ke atas, aku lihat Mayamin telah duduk di tempat paling hadapan bersama seorang perempuan. Dan gadis yang aku lihat tadi sudah tidak terlihat kesannya di mana-mana. Mesti dah duduk tu.

Satu-satu wajah aku perhatikan dalam bas tu. “Ami, mu kene duduk nge budok laki ar mi.” Suara T-Rex atau nama sebenarnya Nur Athirah binti Jaya Karso menendang gegendang telingaku. “Haha, ye la tu.” Aku membalas dengan riak tak yakin. Budak T-Rex ni duk mengklepet aku masa sekolah dulu sampai aku dah lali kalau dia cakap certain benda yang aku rasa kurang logic. Tapi, tak logic ke lelaki dengan perempuan duduk bersama dalam bas? Ke tak logic dalam mental aku je?

Aku melangkah ke dalam perut bas. Masih tiada tanda-tanda tempat kosong. Sampai la aku ternampak Shima, roommate aku, di seat baris ketiga dari belakang.

“Ami, mu kene duk nge laki.” Dengan nada berbisik beliau memberitahu aku. Mata aku terbuka luas. Masa tu, baru la aku perasan yang 4 seat belakang telah diconquer oleh tiga jejaka asing yang pernah satu bas dengan aku sebelum ni. Aku pasrah. Memang dah takde seat lain. Dengan langkah yang makin tidak menampakkan ciri-ciri gadis melayu yang sopan dan mementingkan tingkah laku, aku menuju ke arah mereka. Seat paling kiri yang masih kosong aku tuju. Tapi aku masih belum dapat duduk kerana lelaki tu tak bangun-bangun pun dari seat dia. Weh, takkan nak suruh aku lompat kaki dia kot? Agak lama aku berkeadaan begitu sampai la beliau bangun lantas mengisi seat di tepi tingkap. Aku duduk dan perjalanan kami bermula.

Beg sandang Billabong aku letakkan di atas peha. Oleh kerana ni seat paling belakang, so aku tak dapat nak sandarkan seat ni. Heh, macam la selama ni aku pernah nak sandarkan seat tuh. Aku jatuhkan badan aku ke bawah sedikit. Kaki makhluk tak berapa nak cukup inci macam aku ni, boleh la nak buat camni. Aku perasan yang lelaki sebelah aku tu, letakkan beg dia kat tengah-tengah antara seat aku ngan dia. Bagus. Ada ciri-ciri lelaki yang menjaga batas perhubungan. Sedikit rasa hormat tumbuh dalam diri.

Handset aku capai dari poket seluarku. Hum, baru pukul 6.25 petang. Maghrib area 7.20 jugak ni. Bas bergerak dan lampu dimatikan. Aku dah agak sasau di seat aku. Kiri aku ada seorang lelaki. Kanan aku ada dua lelaki. Dan aku berada di seat paling belakang dalam keadaan yang gelap dan creepy. Dah la aku ni jenis pantang duduk dalam bas, kereta ni. Confirm aku tido. Kadang-kadang tu, atas motor pun aku boleh terlelap, apa lagi dalam bas.

Aku duk psiko diri aku sendiri. Aku takkan tido la, apa la. Perasan je la tu lebih. Dah duk dalam bas, gelap lak tuh, memang la aku takleh control nafsu mata aku ni. zzZzZzZZzzZZz....

“Hargh, ngarh..” tanganku dah mula mencakar-cakar udara. Gerhana bulan yang tiba-tiba berlangsung telah mengganggu proses pertukaran aku ke bentuk harimau jadian membuatkan tali pusat aku berasa tergeliat. Aku membuka mata. Cesy, cahaya dari handset makhluk sebelah kanan aku rupanya yang mengganggu mimpi aku. “Weh, beng ar wat gitu. Sian ke ye nok tido..” Aku yang dah tersedar yang aku memang tidur lena terdengar makhluk sebelah kiri aku memarahi makhluk sebelah kanan aku. Haha, agak gentleman makhluk ni. Up markah penilaian. Huh, gaya macam nak buat laki je, yang dah siap buat penilaian bagai ni.

Aku tutup mata kembali. Rasa macam selamat pulak nak tidur. Tiba-tiba je. Jadi aku pun terus menyambung kembali aktiviti harian yang terganggu tadi. Dan lepas tu, aku rasa macam bas tu nak berhenti je. Instinct betul. Aku buka mata. Oh ya, lupa lak. Mata aku adalah spisies yang tak boleh buka besar-besar. Memang jenis mata sepet pun. Jadi, kadang-kadang bila aku buka mata pun, orang ingat aku tido. Bengang je bila ingat balik yang aku kena denda masa form 3 dulu sebab cikgu ingat aku tidur dalam kelas.

Aku perhati keadaan sekeliling aku. Makhluk sebelah kiri aku – Mad Alif (macam mad asli, mad jaiz lak aku letak nama beliau ni) yang aku dapat tau namanya bila makhluk sebelah kanan aku panggil dia tadi. Ha, makhluk sebelah kanan aku namanya Syahlan kut. Ntah, aku lupa dah nama dia. Yang sebelah Syahlan tu pulak kalau tak silap aku, Faizul. Tapi, yela, biasa la kan, watak sampingan ni, aku tak ingat sangat nama. Watak utama siapa? Makhluk sebelah kiri aku.

Aku tengok ke kiri sikit. Aku tengok budak Mad Alif macam tengah duk usyar budak pompuan depan seat aku je. Ada sifat kegatalan melampau ke makhluk ni? Nampak muka macam budak baik. Hisy, Ami. Jangan wat dakwaan awal. Husnudzhon la sikit. Ingat, surah al-Hujurat ayat 12. Ingat. Ok. Jom try dengar apa yang budak Mad Alif ni duk sebut dari tadi. Aduyai, sedih la pulak aku tengok. Perempuan ni buat-buat tak dengar ke memang dia tak perasan makhluk sebelah kiri aku ni duk panggil dia? Bikin aku sedih je. Huhu.

“Awak, awak.” Aku sengih je kat seat tu. Nak buat apa makhluk ni nih? (Aku selalu guna perkataan ‘makhluk’ sebab aku biasa guna antara ‘makhluk’ ngan ‘mamat’ je. And u know what, ‘mamat’ tu kan maksud dia ‘mati’. Tak nak la doa kematian orang. Jpeace.)

Last-last baru la aku tau. The Mad Alif sebenarnya nak mintak tolong girl kat depan tu kejutkan aku dari tido. Nak berhenti solat Maghrib kan. So sweet of you la Mad Lif. Tapi, kau tak Nampak ke aku dah bangun sebenarnya? Kecik sangat mata aku rupanya. Tak sangka. Aku dah sampai tahap sayu benar dah melihat beliau cuba memanggil gadis di hadapan aku lalu aku menyound beliau, “Bangun doh la.” Sambil-sambil tu aku duk gonyoh-gonyoh mata.

Naik daripada solat Maghrib tu, aku tengok makhluk bertiga tu dah conquer tempat tu lagi. Heh, ada hati ke nak lawan kawasan jajahan diorang? Aku dah la sorang je.

“Erm, buleh dok kalu duk tepi tikap?” kata Syahlan sambil mengunjukkan ibu jarinya ke arahku. Heh, jenis yang tak dapat menentukan kata ganti nama diri apa yang perlu digunakan jugak? Memang jenis budak-budak baik la.

“Ok je.” Aku jawab. Dan perjalanan kami diteruskan dengan kedudukan aku dan Mad Alif yang dah bertukar. Baru la aku dapat dengar dengan jelas suara Mad Alif. Bising dah area belah kanan aku. Ye la, Three Musketeer dah bergabung, mana tak bising nya. Tadi kemain senyap je Mad Alif tu. Eceh, kata kat orang padahal diri sendiri pun sama je. Aku pun dah jadi patung cendana. Bisu semacam je.

Dan sungguh sangat amat dan teramatlah sangat aku bersyukur yang Allah takdirkan Mayamin tuh jadi sahabat aku. Yang sangat-sangat teramat memahami aku yang amat bosan tahap dewa duduk di belakang tu. Dia bagi aku pinjam mp4 dia. Lalala~ sayang mu Ami! (nickname si Mayamin ni pun Ami jugak)

Maka aku pun berdongdang sayang la kat belakang tuh. Memang dah tak hirau langsung pada jejaka-jejaka Chendering di sebelah kanan aku itu. (jangan Tanya camane aku tau. Ehek, gaya macam ada orang baca je entry ni. Oh, satu lagi. Syahlan tu dapat straight A’s dalam SPM’09)

Maka waktu aku berdongdang sayang dengan penuh ke’feeling’an itu,aku telah ter’asleep’ dengan lena sekali. Sungguh, aku tak sedar langsung apa yang jadi lepas tu.

Sedar-sedar je, aku dapat rasa yang kepala aku berada di tempat yang kurang sepatutnya. Kenapa belok semacam je ni? Sakit la.

Buka je mata, aku terkejut. Huhu, apa ni?

Aku Nampak dengan samar-samar je mulanya. Ingatkan mimpi, tapi oleh kerana rasa sakit yang menyucuk di leher, aku percaya ni reality. Bukan sekadar mimpi, fantasi,mahupun ilusi ataupun imaginasi. OMG!

Apa yang terjadi?

Aku Nampak siku Mad Alif betul-betul depan mata aku. Duh, sikit je lagi pipi kanan aku nak kena tangan dia. Dan air liur basi aku dah selamat mendarat atas beg dia yang kononnya jadi benteng kami tuh. Aku try nak lari, but.. argh! Why this is happening to me la.. aku dah mula merengek dalam hati. Gila! Kepala Mad Alif tak sampai seinci lagi nak kena pipi kiri aku.

Allah, tolong....

Kira-kira setengah jam lepas tu, baru la aku mampu nak melarikan kepala aku daripada siku dan kepala beliau. Duh, itu memang hadiah birthday aku yang paling besar pernah aku dapat. Dan juga pengorbanan paling besar pernah aku buat.

Boleh la anggap macam tu kut. Sebab mende ni berlaku pada 16th Nov 2010. Beberapa minit je lagi sebelum 17th Nov a.k.a. birthday aku a.k.a. hari raya korban. Sampai sekarang aku tak boleh lupa benda ni. Lebih-lebih lagi bila terserempak ngan Mad Alif kat FSG. Dan dia rupanya tinggal kat Perindu. Dan satu platun dengan aku sem lepas untuk kesatria Negara.

Komen Mayamin : kuat jodoh mu nge ye Mi.

Haha, ye la tu.


“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah sifat banyak syak wasangka kerana sebahagian syak wasangka itu perbuatan dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain..” (Al-Hujurat : 12)

2 comments:

  1. kalau blik sorg2,i was wishing all da way agar dpt tmpt duduk sorg.scary duhh klu duk ngan laki. i'm not one of the ayu girlss

    ReplyDelete
    Replies
    1. gila punya scary. dah x boleh lupa langsung time ni. first time kena duduk sebelah laki dalam bas kot. dah la malam. tragis. huhu

      Delete