Sunday, June 03, 2012

madah berhelah~


Aku masih di sini. Masih cuba mengajar hati agar berhenti menyepi. Masih cuba menghasut diri agar berhenti membenci. Dan masih juga aku berharap agar dirimu hilang dari memori.

Mungkin andai kau tahu isi hatiku kau tak mampu menahan sabar. Sebab akal musabab aku tak pernah tak berakal. Dulu kau yang comel, yang memikat hati, aku letakkan di lubuk hati paling dasar. Dan apa peliknya jika kezaliman kau pun aku pendam, tidak aku lepaskan kerna aku tahu, arah tujunya pasti akan tersasar.

Kau penting dalam hidup aku. Terlalu penting hingga penipuan kau mampu meng’henshin’kan aku pada tunggul kayu. Terlalu penting hingga pengkhianatan kau mampu menukar aku menjadi sekeras batu. Terlalu penting hingga wajah ceriaku selama ini, kini hanya mampu memapar imej wajah kaku.

Gembirakah kau kini bila hubungan kita retak? Amankah kau sekarang setelah tenang hatiku telah kau hentak? Atau mungkin kau nak menafikan dan cuba untuk berkata tidak? Hum, walau apa yang kau kata, mustahil aku akan percaya kalau kau kata yang hidup kau pun melarat. Bukan ke kau yang cakap yang hidup kita tak sama darjat?

Dulu, pantang dengar nama kau, sengih aku sampai ke telinga. Sekarang, Nampak je kawan kau, aku dah rasa nak korek biji mata. Dulu, Nampak kelibat kau, aku dah tak tentu arah sebab kaki ajak supaya ikut jejak kaki kau, nak tahu aktiviti kau apa. Sekarang, facebook kau pun aku dah unsubscribe sebab aku dah mula bengang untuk ambil tahu apa yang kau lakukan dalam alam maya.

Dah. Sudah cukup sudah. Mungkin dalam hati ini menggunung benci dan sumpah seranah. Atau ini mungkin cara aku untuk menidakkan rasa hati yang masih bercambah. Tak pula aku pasti mana satu yang terindah. Sebab sekarang, minda, emosi dan mental aku semuanya dah termasuk mode madah berhelah.

Semuanya gara-gara lidah tersebut nama kau waktu hati tengah gundah.~

p/s: ari ni, 4Jun 2012, genap 4tahun dia pergi.. moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.. Al-Fatihah~