Sunday, January 22, 2012

da habes,,"

da habes..

ape la yang da habes nih? naik dah kementalan aku nih.

mental aku selalu mengalami kementalan bila aku membaca atau menerokai sesuatu kementalan yang bersifat mental yang menjurus ke arah kementalan mentaliti manusia yang kurang mengaplikasikan kelebihan mental dalam hidup mereka.

apa yang aku memental di sini?

ni semer kes bace novel laa.

novel ape la yang berjaya wat aku termental secara automatik nih?

teng tedeng...

ni jawapan die..

fiksyen 302

ni citer mental. haha,, kan aku dah kate tadi. aku 'da habes,,"'

ni la yang aku maksudkan ngan abes.

aku da abes bace. 

ramai-ramai watak dalam novel ni, aku admire farid ja'ah ngan irwansyah.

farid ja'ah. aku pun tak tau la kenapa aku admire dia. suka-suka je kot. aku kesian sebab dia la yang paling kronik masalah mentalnya. dan dia yang ditakdirkan membunuh paling ramai. paling banyak.

sabri, dia yang bunuh.

datuk mahali, dia yang bunuh.

dina din, dia yang bunuh.

pengawal-pengawal yang jaga rumah datuk mahali, dia yang bunuh.

tak ke hancur life dia kalau macam tu?

sian dia. jadi mangsa Zonan.

haisy,, sape lak si Zonan ni?

menurut Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar & Farid Ja'ah, Zonan itu adalah roh jahat yang tak berwajah.

apekah?

haha,, korang kena la bace sendiri bahagian tuh.

tapi aku tetap nak elaborate pasal Irwansyah nih.

aku pun agak mental bila bace tentang Irwansyah ni.

sedih la bagi aku.

bagi yang dah bace, mungkin akan kate, "bengong ke ami ni yang menyebelahi budak Irwansyah ni?"

WTH.

aku  bukan nak menyebelahi seorang lelaki yang memperalatkan mental manusia lain utk membunuh.

tapi aku faham apa yang membuatkan dia pilih jalan tu.

dia anak yatim.

dia anak yatim piatu.

tinggal kat umah anak yatim.

so, Zarina Mustapha @ gf dia yang telah menganggap Irwansyah sebagai soulmatenya adalah seluruh kekuatannya.

seluruh kepentingannya.

dan nyawa wanita tu diragut tanpa kata.

dan tanpa pembelaan.

pembunuh berjaya melepaskan diri.

kalo aku jadi dia, aku pom bengang.

dan nak ditakdirkan bengang dia telah menjerat kewarasan iman dia.

dan mental dia terjerat dengan dendam.

sebab tu aku benci sifat dendam. dendam tuh boleh membunuh tau tak?

tapi aku x benci Irwansyah.

dan aku sangat admire kematangan dia.

walaupun dia sangat berharap supaya helah dia x diketahui, dia tetap terima dengan tenang kenyataan bahawa dia dah ditahan dan akan dihukum.

tak senang untuk buat benda tuh eh?

"Yang akan menanggung semua kesalahan ini adalah aku... Irwansyah. Aku yang bertanggungjawab mereka-reka fiksyen itu beserta watak-wataknya. Fiksyen... sebuah cerita duka seorang lelaki, pengkhianatan undang-undang dan pihak polis yang dijadikan kambing hitam orang-orang yang berpengaruh."

macho kot.. as for me la. dia take the blame without blaming others.

dan aku sangat suka bila Rita tuh sanggup jadi peguam bela irwan.

it's such a big effort kot.

bapak dia mati sebab that Irwan.

dan dia bela Irwan dpd mandatori 302.

sangat mulia kerjanya.

kita pula bagaimana?

nak terus menyimpan dendam supaya perkara yang agak mustahil berlaku di alam nyata ini terjadi dalam realiti kehidupan?

lu pikir ar sendiri!

Thursday, January 19, 2012

"jamuan kelas AT220/1A1 2011/2012"

Tajuk agak skema hari ni. Jangan kutuk.


Hari ni aku malas speaking eh.. adop ayat nop ngeke..

Hari ni kelas aku ada jamuan. Santai dan makan katanya. Aku memang pantang dengar perkataan makan so, aku ngan eagerly nye kompem la pergi. Sampai sana area 4petang kot. Diorang pilih tempat kat tasik depan PKNS Shah Alam tuh. Sory la yek, aku x amek gambar utk letak dalam entry nih. Tau-tau je la, aku bukan ada kamera nak amek gambar kan.

Cantik woo tempat tuh. Bikin hati aku terbang kut. Haha, hiperbola la tu kan. Aku ni memang pun suka tempat berair ni. Masuk dalam air tuh je yang ngeri sket. Hoho, mungkin kalau laki tader langsung kat Shah Alam tuh, aku bantai je terjun tasik tuh. Lemas tak lemas citer nombor 3.

Mood aku kurang cantik kot arini. Tak tau la kenapa. Tak cukup rehat kot. Aku rasa tangan aku menggeletar. Tapi aku wat bodo je. Spoil ar kalau mende tuh datang tetibe. Orang tengah sikit punye hepy ni kot.

Majlis yang tak formal dah start. Main kotak beracun! Haha, feveret aku la ni. Tapi kotak beracun ni lain sket. Instead of using the kotak itself utk pass dari satu tangan ke satu tangan, dorang ganti ngan secawan air yang agak full. So, ada dua condition, sama ada kena bila lagu stop, atau bila air tumpah. Thrill lagi la dpd yang biasa aku main. Aku sebenarnya dah terfikir malam tadi, biasanya jamuan mesti ada kotak beracun. Dan dalam kotak beracun tu, bagaikan wajib utk ada soalan “bagitau sape kawan sekelas berlaianan jantina yg awak suka & sebabnya” haha,, aku pun dah fikir malam tu gak apa jawapannya kalau aku kena bende tuh.

Unfortunately, apa yang aku fikir tuh, betul. And surprisingly, memang aku yang dapat kertas tu dowh.

“5. PILIH SEORANG RAKAN YANG BERLAINAN JANTINA YANG PALING ANDA MINAT @ SUKA DAN NYATAKAN SEBAB  ANDA MINAT BELIAU.”

Heh, masa genting macam ni la, tangan aku wat menggeletar dia. Jelas Nampak yang tangan aku shake masa pegang cawan utk ambil task tu.

Aku tengok muka sorang-sorang boys dalam kelas aku cam curious je sapa yang aku suka. Haha. Lawak kot. Tapi aku tak boleh gelak masa ni sebab aku masih shake.

Nik selalu wat aku rase segan. Ayat dia selalu nak kaitkan aku ngan Kamil. Dah lama jugak aku perhati, bukan la kayu sangat aku ni sampai tak perasan langsung. Ada gak suara duk seru “Pdot.. Pdot..” Pdot sengih je kat tempat dia.

Frankly, aku langsung tak tengok Kamil ngan ‘Azim. Bukan apa, aku takut ngan Kamil, & segan ngan ‘Azim. Aku takut Kamil sebab dia selalu tengok aku ngan riak serius. It’s kinda scary you. Hu, kadang-kadang Nampak dia smile J rasa heaven sket kot. Sebab orang yang jarang senyum ni, bila dia senyum, sangatla sweeeeet.. kan?

‘Azim lak. It’s awkward. Dia pernah orang gosipkan ngan aku, lepas tu dia break ngan gf dia, then sekarang ni baru ok balik. Aku tak nak ada hubung kait ngan bf orang, tunang orang, laki orang or whatsoever. Duda tak pe lagi dpd milikan orang ni. Kan? Ke korang tak rasa camtu?

Last-last, aku sebut Hasbul. Aku Nampak riak tersentak Hasbul. Sory la Hasbul. Aku terdesak tuh. Dan memang aku dah rancang dari malam tadi lagi. Kalu aku dapat this kind of task, aku akan sebut nama Hasbul. Orang ramai sangat curious. Mengapa Hasbul?

Jawapan aku pada umum kurang jelas. Aku pun agak blur ngan apa yang aku sebut. Dan aku tak mampu nak taip apa yang aku jawab tadi sebab aku memang dah tak ingat. Tapi jawapan aku yang sebenar ikhlas dari hati is, “Sebab aku boleh jadi diri sendiri bila aku ngan dia. Sebab dia layan aku sama macam aku layan dia. Sebab aku x rasa awkward bila bersama dia. Sebab dia punya nasihat boleh buat aku dengar kata dia. Dan sebab walau apa pun yang aku buat kat dia, orang tak amek port yang menyebabkan aku xder gossip ngan dia.”

That’s the real answer.

Next, komen-komen.

Aku dapat sepuluh komen kot. 6 orang la tak komen aku nyer peribadi, personality bagai nih kan.

-          Talkative
-          Tepuk Dada Tanya Selera
-          Boleh Bah
-          Talkative. But don’t worry. Slagi saya mampu mendengar, saya akan menjadi seorang  pendengar yang baik. Baik ke? Haha J
-          Perangai macam budak-budak
-          Mr. K, kirim salam
-          Perlu pandai bersosial, anda sebenarnya kawan yang baik
-          Makan banyak sikit. Haha.....
-          Ayat jiwang!!
-          Peramah!

Huhu. Ni la pandangan dorang pasal aku rupanya. Tapi aku sedikit sentap di situ.

“Mr. K, kirim salam.”

Mood aku dah jadi lain. Aku tak tau  sapa tulis ni. Sian budak Kamil tuh. Ada je la orang nak kenakan dia. Tapi x lama pun aku bad mood. Aku call Yo. Lepas cakap ngan dia, Alhamdulillah aku ok.

Dah tatau nak citer apa. Speechless dah.

Cerita ni tak ader konklusi, takder in the nut shell, takder intiha. Sebab aku dah hilang ayat. 

rutin hari ini,,"

task :
1. bersihkan kipas. 2 kali aku lap kipas tu. kalau pak cik tu kate x bersih lagi, emang aku bunuh kucing die.
2. bersihkan tingkap. yang ni aku lap sampai 3 kali. sebab aku memang x pernah sentuh pun tingkap tu sebelom ni. kalau die cakap kotor, aku calarkan kereta die.
3. study csc. satu haram pun x study lagi. teruk punye prangai.

aku x kire. siap bersihkan diri nanti, aku x rasa aku mampu study. kalau aku x tido pun, pasti aku akan wat mende yang langsung x berfaedah.

adios~

Tuesday, January 17, 2012

monolog sekeping hati nan kaku

J. I’m happy.

Officially I’m happy today. Why would I?

Today, after my Basic Agricultural Economics paper done, I got a call from my sis. She told me that they – my sis with her beloved hubby and daughter are around Shah Alam. And she supposed to arrive within minutes.

I’m not expecting anything. They came as I asked them to. I’m going to Perak for my practical & got nowhere to store my things. Such books and some clothes that are not suitable to bring for the practical, and pail are in the list of things that going to their house. They live in Banting. Haha, I love to play there. Although you might think that we can do nothing there, sometimes it’s better than being in a stuffed room without knowing how to use them. Right? J

They came. I brought my things. And I thought they will just go home. But no. My bro – in – law brought out Domino’s Pizza. He innocently asked for a suitable place to eat. I’m speechless for a while. Dude, I really forgot how delicate the feelings are. The last time someone came to my hostel to pay a visit is when I’m 13. And today, this miracle happens. Again.

They just came for a while. I understand their situation. But still, they manage to make my day full of smile. It’s just so exciting to have someone coming with a smile. Frankly, I thought my tears going to roll on my cheeks but luckily I manage to control that. It so not cool of me if I cry in front of them. Haha, is this ego? Sue me. I don’t really care ‘bout that.

The tears had rolled. In my heart. How I miss to hear someone ask me “Are u ok, dear?” or “How’re u doin’ now?”  It feel like you are important in someone’s heart.

The tears are trying their best to roll down my cheeks now. I’m in war, huh? Crying is not a crime. It just hit some ego. And ego is nothing for me.

The war ended. The winner is only a party. Is it me, or is it the tears?

You decide.

Monday, January 16, 2012

life's not easy

lately i keep on thinking about my environment & even my age. hoho,,surprisingly, i'm 20 this year right?still, i can't even accept that easily. i kept thinking that i'm just a girl who did nothing but mistakes. i kept thinking that all that i want to be real is fake. i kept thinking that my dream is not ready-to-make.

i grow up as a kid. will i'm able to be a great mother's kid? thinking bout that may make me sick. am i that bad is not the question. the theme of this annoying statement is why am i that bad. is it because i've never put everything right on the place? sue me. i'm really hopeless in this. i'm not someone who can make other's world glitter.

i keep making wrong steps. and my body get scars as reward. when i'm 4, i'm jealous to watch my big bro riding his bike so i ask him to brought me on. i carelessly let go my hands off the bike on the same time when he wheely his bike. and i got 13 stitches on my head.

 when i'm in form 1, i  fall from double bed and my chin breaks. blood is everywhere that i feel like faint. i don't let the nurse stitch my chin this time. i'm afraid that she might kill me as she is very scary.there are so many times that i fall in an accident without i aware of it. it always appear like suddenly blood came from my pants. it just some wound that i don't take note.

it even get worse when i grow up. i keep telling myself that i am a kid. that i don't want to be an adult. that i don't want to live in the scary world. but i guess it's impossible. i keep going and going. my emotional got a bit twisted. sometimes i don't even know if i should laugh or cry. life is complicated or it just me who  complicates things?

i keep falling. again and again. miraculously, no one ever realise that. except one. he who i love the most. he who i adore the most. he who i want to be with the most. but now, he's gone. he left as God tell him to do so.

i keep thinking that life would be easier if i'm with him.

but again, it's impossible.

"LIFE IS NOT EASY. IF IT IS, NEVER CALL IT LIFE."
"LIFEは簡単ではありません。れている場合は、ITライフを呼び出してはいけない。"
“生活不容易如果是的話永遠不會調用它生命
"જીવન સરળ છે. નથી છે જો તે છે કોલ, જીવનનહીં."
"जीवन आसान नहीं है अगर यह है कहते हैं, यह जीवन कभी."
"ชีวิตคือความไม่สะดวก. หากเป็นเช่นนั้นไม่เคยเรียกมันว่าชีวิต."




p/s: God. please. let him be with your Messenger there. and if it's my turn to follow him, please let him be with me. again.

Sunday, January 15, 2012

kenapa saya tengok movie 'PORN'

Movie. Ada banyak movie kat pasaran dunia hari ni. Ada movie Melayu, English, Taiwan, Jepun, Korea, Hindustan, Indonesia, Thailand, dan banyak lagi. Hari ni aku nak bercerita tentang movie & drama favourite aku. Hikayat ni dimulakan dengan movie & drama yang aku x berapa nak layan.

Aku malas nak sentuh banyak-banyak hikayat. Cukup kalau 2 atau 3 jenis je malam ni. So, yang aku pilih is melayu and japan. Yang mana satu aku suka dan yang mana pulak aku puja? Haha, ternyata yang aku suka ialah jepun dan yang aku puja hanya Allah.

Kenapa aku suka cerita jepun dan mengapa cerita melayu tak tersenarai dalam favourite aku? Meh nak citer, jom! Aku ada sorang kawan. Dia ni aku nak groupkan dalam group mana pun aku x tahu. Tapi hari tu, dia mintak copy movie jepun ngan aku. Almaklum la, barang dalam external, yang aku copy ngan gadis-gadis sekeliling aku and campur-campur aku memahami mentality gadis remaja sekarang yang lebih tertarik pada cerita korea daripada movie jepun as diorang kata cerita tu lagi romantic and touching yg mengakibatkan movie jepun aku x bape la nak jadi banyak. Kan?

Heh, lain kali cerita pasal korea tuh. Melayu ngan jepun dulu. Then, movie jepun aku x banyak. Drama banyak la. So, aku bagi la dia ni cerita ‘KOIZORA’. Kalau dalam English orang sebut ‘SKY OF LOVE’. Nak bagi cerita lain tak berapa nak banyak stok. Masa tengok cerita tuh, dia jerit. “Ami! Apa jadah kau bagi aku tengok PORN ni!!” tersentak kambing aku. Apakah?

Rupa-rupanya dia mention tentang kissing scene kat library. Owh, yang tu.

Wait. Hangpa jangan duk buat muka lagu tu no.. muka cek ada rupa gersang ka?

ni kissing tahap 'porn'  eh?

Heh. Scene tu Cuma ada tunjuk kissing,  laki tuh bukak reben pompuan tuh, and rebahkan dia ke lantai. Sampai situ je kan?

Relax. Aku nak buat comparison ni. Ok. Kalau yang aku tengok tu, kissing as in Japan is a porn show, OMBAK RINDU  tuh apa cerita? Scene atas katil tuh? Apa? Kenduri kesyukuran? Or what?

Aku bukan budak baik. Dosa aku pun banyak. Aku faham kalau korang nak judge aku macam mana sekalipun. Aku memang dah banyak sangat tengok kissing scene. Cerita jepun ada tapi biasa je. Cerita korea boleh masuk tahap ghairah kot. Haha, sampai tahap tu, aku skip jela. Perlu ke tengok sampai tahap embriosasi tuh kan.

Aku x tahu nak komen apa pasal industry movie kita – Melayu sekarang. Dulu nak pegang-pegang jauh sekali. Lama-lama dah up, boleh sentuh-sentuh. Then, makin lama, peluk hugging tu jadi biasa. Habis sekarang ni apa? Awalul jimak pun x pe nak tunjuk kat umum?

Cerita jepun biasanya based pada kekeluargaan, keberanian, penyesalan, kesetiaan, persahabatan. Yang paling banyak pasal persahabatan la. Cinta tu ada tapi biasanya jadi pelengkap sisi je. Cerita jepun selalu buat aku gelak & nangis pada waktu sama. Dia banyak bagi motivasi kalau korang perhati.

kembali ke masa lampau utk betulkan keadaan

 Contoh yang aku dah tengok, Proposal Daisakusen cerita tentang penyesalan. Apa yang terjadi akan tetap terjadi. walau kau cuba ubah, mungkin sisinya berubah namun pokoknya, utk mengubah masa depan kita perlu mengawal masa sekarang. bukan kembali ke masa lepas utk redo semua benda.

mula-mula gaduh sampai nak pecah rumah. bila dah sayang, nak tinggal pun susah


Atashinchi no Danshi bertemakan kasih sayang sebuah keluarga yang langsung tak mempunyai pertalian darah.

maut bukan penghalang utk senyum

 1 Little of Tears tentang ketabahan menghadapi penyakit yang membawa maut.

kita kuat. buktikan!

Buzzer Beat ajar kita supaya tak mudah putus asa.

kecantikan hati lebih dinilai dari wajah yang cantik berseri

Yamato Nadeshiko Shichi Henge bagitahu yang rupa bukan segalanya. Yang penting hati kita.




anak murid gangster, cikgu cucu yakuza. gandingan mantap!

 Gokusen tentang budak-budak nakal yang diberi peluang untuk jadi manusia.

 Pendek kata, cerita jepun ni banyak bagi inspirasi pada aku.

Cerita melayu pulak biasa based pada cinta, agama, hantu. Biasanya la. Ada je tema lain tapi yang tiga ni la paling aku Nampak. Sosial pun banyak. Sampai tahap aku tersebut ‘so sial’ instead of ‘sosial’.

Cerita melayu yang aku dah pernah tengok. Ombak rindu. Aku masih dara. Tahajud cinta. Tu pun semua tengok tak habis. Sebab aku terasa bosan. Maaf la kalau ada yang terasa. Tapi aku sangat mudah tertidur bila menonton cerita melayu sekarang. Entah mengapa.

kenduri kesyukurankah?

Ombak rindu scene agak kurang sesuai kalau nak tengok ngan family. Kot? Bagi aku la, awkward gila ah nak tengok ngan abang-abang aku dan adik aku yang lima tuh. Aku x faham. Perlu ke kau nak insert jugak mende-mende yang terlebih senonoh tu di situ? Ke aku je yang berfikiran tertutup di sini?

patut ke dressing cengginih?

Aku masih dara. Cerita gila seksa kot. Mata aku asyik meliar kat tempat-tempat censored je. Ah well, kutuk la kalau nak kutuk aku pun. Pompuan ngan laki nyer mata kadang-kadang tujuh kali lima je. And kalau nak ikutkan, kalau mata pompuan pun dah naik miang, mata lelaki camane lak? Atas masing-masing la macam mana nak komen pepanjang. Pantang terkilas sikit, mesti sampai bulat mata kan?

no komen la

Tahajud cinta. Aku tahu kau nak bawak unsur agama. Tapi jangan sampai unsure agama lak. Kau dah tutup aurat elok-elok tuh kenapa pegang-pegang lak. Oo, ada ea fatwa yang menyatakan boleh pegang tangan kalau berlapik kain? Cuba bagi dalil. Kalau betul, aku pun nak buat! Aku lagi tak puas hati bila cerita ni tentang sorang pak cik yang konon kuat agama tapi ambik kesempatan nak kawin ngan pompuan-pompuan lawa. Pantang Nampak yg cantik, terus nak amek wat jadi bini. Tapi dah cukup kuota 4, so, ceraikan satu supaya ada kosong.

Chotto mate kudasai. Berhenti di situ. Kau bawak konsep Islam. Meaning, kau nak sebar Islam la kan? Kenapa kau buat macam agama Islam tuh merendahkan martabat wanita? Macam bola, mula-mula kejar. Dah dapat, tendang. Tengok macam rugby. Belum dapat kejar, dah dapat, lindung. X leh ke wat camtuh?

Aku bukan nak kutuk sangat industry kita. Bukan ada pekdah pun. Tapi tu lah. Aku tau aku x sempurna. Masih banyak dosa yang aku lakukan sama ada secara sengaja atau tak sengaja. Tapi aku just nak tegur sesame manusia. Aku tak nak kat akhirat nanti orang tarik aku ke neraka sebab aku x nasihat dia. Dan aku tak tau macam mana nak nasihat sangat orang. Ni je medium aku utk sebar kata hati aku kat sekeliling.

Mungkin ada yang kata aku ni                or whatsoever la bila aku kata kissing tu biasa je. Bagi aku, kissing tu macam mende biasa je bagi masyarakat kat sana. Kau nak kiss sapa-sapa pun boleh waima kalau kau ngan dia bukan suami isteri. Agama diorang kata x pe kot kalau nak kiss. Tapi kita aku orang Islam. Islam x ajar wat awalul jimak depan orang. Islam x ajar pakai baju x cukup benang. Islam x ajar utk merendahkan darjat perempuan.

Cukup la tu. Aku dah x tau nak taip apa. Aku speechless ngan sume ni. Aku akui mula-mula aku taip mende nih sebab aku bengang sebab ada orang cop aku suke tgk blue & porn sebab aku suke layan jepun. But then sambil-sambil taip ni, aku tiba-tiba teringat pada satu hadith sahih. “Apabila kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tangan. Jika kamu tak mampu, maka cegahlah dengan lidah. Dan jika itu pun kamu tak mampu, cegahlah dengan hati. Dan sesungguhnya, mencegah dengan hati adalah selemah-lemah iman.”

Take that. Mencegah dengan hati means kita benci maksiat tu dalam hati kita. Kalau ngan kita-kita sekali terjebak ngan maksiat tu, iman apa lagi yang ada dalam diri kita?

Renungkan. 

Wednesday, January 11, 2012

kaet dop eh?

pemandangan yang berubah mengikut masa.. kakkoiii,,



LUKA SEBUAH HAKIKAT

sering aku tertanya
erti sebuah mimpi
cekalkah tuk lunasi
makna sebuah ilusi
terpatri janji sehati
namun tega dimungkiri
meski masih sendiri
mencari teman hakiki
tersudut di laman nubari
terkisah nasib diri
masih lagi tercari
erti hati sejati
namun tewas
pada jiwa bicara
terbias rindu
pada batin derita
terucap tangis
tanpa sedetik redha
mengenal erti hati
tatkala bintang menari
rentak sebuah tangis
pada rembulan gerhana
senja menggunung hiba
terselit sejuta makna
tapi hampa
kerna berkurun telah
pergi
dan kita masih di sini
mengharap,
tanpa ada yang tersayat
pada luka sebuah hakikat...


08.56 MALAM,DG4,SELASA


haha,, apa-apa je la aku ni kan? apa kaitan antara gambar tu ngan sajak aku nih? aku pun naik konpius nim.. kaet ke x? kaet ke x? rase macam kaet x ar?

Tuesday, January 10, 2012

fakta yang tak penting sama sekali!

Peringatan awal: entry ni panjang dan membosankan

Beberapa fakta tentang ami yang kurang diketahui orang

1       Seorang yang pemalas.
Ami sangat malas dalam kehidupan sehariannya. Kebanyakan masanya banyak dipenuhi dengan tidur, movie, dan makan. Ami jarang-jarang sekali dilihat membaca buku melainkan buku-buku komik dan novel yang bersepah di dalam bilik beliau. Katil yang bersepah juga merupakan satu indicator dalam menilai tahap kemalasan Ami. Kadang-kadang, Ami juga diserang gastric angkara kemalasan beliau makan nasi. Amalan kemalasan ini telah memberi banyak impak buruk dalam kehidupan beliau namun entah mengapa, Ami bagaikan tidak pernah terdetik di hatinya ingin mengubah sikapnya itu.

2    Seorang yang sukar dimengerti.
Biasa la manusia. Siapa la yang mampu memahami dan difahami semua orang kan? Tapi kes Ami ni agak unik. Hal ini demikian kerana beliau bukan sahaja sukar difahami oleh orang lain bahkan dirinya turut mengalami delusi dan situasi yang sama. Waktu beliau sedih, adakalanya beliau mengalirkan air mata namun ada pula situasinya di mana beliau tersenyum waktu air mata sepatutnya mengalir di kedua-dua pipinya. Konflik hati yang dihadapi beliau sering membuatkan beliau keliru dengan apa yang setulusnya beliau inginkan. Dan biasanya manusia lain suka mengambil kesempatan atas kekurangan yang dimiliki oleh beliau. Perasaannya dikemudi bagai kapal yang bakal karam dalam lautan berapi. Entah berapa banyak rasa hati yang kurang difahami namun menyakitkan hati telah beliau hadapi selama ini.

       Ego.
Semua orang ada ego masing-masing. Namun manusia bernama Ami ini kurang atau lebih tepat lagi malas mengaplikasikan emosi ini dalam hidupnya. Egonya sering dibiarkan di takat rendah terutama apabila beliau berhadapan dengan orang yang baru dikenali. Beliau akan membuat analisis terhadap tahap ego setiap insan yang hadir dalam hidupnya. Manusia yang dirasakannya meletakkan ego yang tinggi apabila berhadapan dengan beliau akan dilayan dengan tahap ego yang sama. Begitu juga halnya dengan orang yang meletakkan ego di tahap yang rendah, beliau juga mampu melakukan hal yang sama. Ego hanya suatu emosi yang tidak penting bagi Ami apabila beliau berhadapan dengan orang yang tidak mementingkan ego tetapi jika egonya dicabar, beliau biasanya tidak mampu menahan sabar.

       Pendiam.
Sejujurnya, Ami adalah sejenis spesies yang mudah mesra serta mempunyai sense of humour yang tinggi. Tapi tidak ramai yang tahu tentang sifat sebenar Ami. Beliau adalah seorang gadis yang pendiam sehinggalah suatu hari beliau terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang mengubah sifat beliau. Beliau menjdai semakin aktif, peramah dan kaki buli. Ketua pengawas – Abdul Fatah Khairi bin Abdul Rahman sering menjadi mangsa buli beliau.

       Sukar menyatakan ‘tidak’.
Beliau sangat tidak berbakat dalam menyatakan perkataan tidak. Pantang ada yang mengajak ke mana-mana, meminta tolong atau apa-apa sekali pun, jawapan yang sering diberikan ialah “Ok.” beserta senyum. Kalau pun beliau sudah sampai ke tahap betul-betul ingin menolak, jawapan yang terkeluar pula ialah “Erm,, tak tahu lah..” sambil mengetap-ngetapkan bibir, dan seringkali diselang selikan dengan penggaruan penuh berhemah di dahi yang kadang-kadang gatal itu. Dan biasanya orang yang bertanya akan bertanya, lagi dan lagi sampailah waktu yang dijanjikan lalu akan disertakan dengan satu daripada dua jenis hasil. Pergi atau tidak. Betapa beliau berharap orang akan faham bahasa penolakannya, tapi tak seorang pun faham.

       Lebih selesa meluahkan pada lelaki berbanding perempuan.
Apa yang mampu dilakukan oleh beliau apabila perasaan yang tak dapat digambarkan datang dan tiada spesies perempuan yang memahami beliau? Sedangkan dari kecil, beliau membesar dalam lombong, atas pokok kelapa, menyorok atas atap rumah, ceroboh pagar airport, dan sering pula dihadiahkan sedas dua rotan apabila tingkah kasarnya melampaui batas. Minatnya pula lebih kepada kelakian berbanding keperempuanan. Tingkahnya juga terkadang terlebih maskulin. Mungkin di luar beliau gadis yang biasa, common, low profile, tapi di rumah pula bagaimana? Di ruang legar yang beliau bebas menjadi dirinya yang sebenar, tiada pengawalan tingkah laku berganda. Hatinya masih gadis, cuma seakan kurang feminim. Rasa hati hanya sering diluah pada abang-abang yang tak pernah jemu mendengar dan sangat mudah memahami. Dan suasana yang sama ditemui di alam universiti. Yang terbiasa sabar melayan kerenah hati adalah seorang lelaki. Yang terbiasa merenung apa yang terjadi adalah seorang lelaki. Dan bila  beliau cuba meluah rasa hati pada seorang gadis, sering pula rasa hatinya dibiar sepi. Bukan sekali malah berkali-kali hingga akhirnya hati fed up sendiri.

       Mudah dilabel sebagai seorang yang matang.
Entah sejak bila ini terjadi. Beliau sendiri tidak pasti dan tak pernah nak ambil peduli. Beliau ada ramai kawan lelaki. Memang rapat dan biasanya beliau layan semua sama rata tanpa pilih kasih seperti commonly mak tiri. Mereka suka bertanya isu semasa, dan ada kalanya meminta pandangan jujur ikhlas dari hati. Dan biasanya lepas tu lah, mereka akan kata beliau ni matang walaupun saiz kecil macam cili padi. Mereka juga kata pemikiran beliau dewasa walau fizikal masih lagi muda remaja. Entah dari mana akal mereka datang sampai boleh buat persepsi sendiri. Yang budak Ami tu tahu, dia Cuma suarakan isi hati. Cakap terus terang sebab lelaki bukannya mudah nak terasa hati.

Ahhh,, haha.. hari ni agak mengom lalu saya membuat keputusan untuk menaip realiti hidup yang kadang-kala menjadi misteri. Haha,,jumpa lagi di lain hari!!

Saturday, January 07, 2012

tajamnya lidah,,


semalam ada janji ngan sumone nak taip entry baru.. haha, gaye cam ramai follower je.. whatever la, bukan nak suh org bace sangat pom. kang kalu dah rama sangat bace, xleh ar nok ngutuk orang parok-parok..ke gane?


haha, gitu ah op. nok guane ramok agi..


skarang nok cakap pasal lidoh. mitok maaf r ke sape hop x paham, sile cari org tganu suh translate kalu x paham sgt. he,,


lidoh tu mendape beno er?


Lidah merupakan satu bungkusan otot rangka pada dasar mulut yang menangani makanan bagi mengunyah dan menelan. Ia juga merupakan deri utama bagi rasa. Sebahagian besar permukaan lidah diselitupi dengan bud perasa. Lidah dengan kebolehan banyak pergerakan, membantu membentuk bunyi dalam pertuturan. Ia sensitif dan sentiasa dilembapkan oleh kelenjar air liur, dan kaya dengan deria dan salur darah bagi membenarkan ia bergerak.


macam hop kite tau.. lidoh tu penting. kite wat rase makanan gune ye lah, nk jilat eskrem pom yelah. mende2 hop kaet nge makanan kaet lake nge ye, yedop? haha, x kaet.


kata2 pasal lidah tu banyok. x cayye? kejap.


1.Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati(lurusnya hati di atas tauhid) yang menggambarkan pemikiran seseorang.


2.... ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri


3.Lidah lah pling tajam... Ble m'nmbusi hati insan yg t'rsa drpd p'ktaan mrk2x yg x m'jga prasan org.


4. Luqman Alhakiem seorang hamba sahaya dari Habasyah (Eftiophia) dan pertama yang tampak dari hikmatnya iaitu ketika majikannya menyuruhnya menyembelih kambing dan minta kepadanya supaya diberikan kepadanya sebaik-baik apa yang ada dikambing itu, maka ia menghidangkan kepada majikannya hati dan lidah. Kemudian dilain hari disuruh menyembelih kambing dan minta dihidangkan apa yang paling busuk dari bahagian kambing itu, maka ia menghidangkan hati dan lidah. Maka ditanya majikannya: "Saya minta yang terbaik, maka kau hidangkan lidah dan hati dan kini saya minta yang paling busuk dari anggota kambing maka engkau hidangkan hati dan lidah juga?" Jawab Luqman: "Didalam badan tidak ada yang lebih baik dari kedua anggota ini jika baik dan tidak ada yang lebih busuk jika rosak dan busuk."


5.Nabi Muhammad s.a.w. ketika mengutuskan Mu'adz r.a. ke Yaman. Mu'adz berkata: "Ya Rasulullah, nasihatilah aku." Maka Nabi Muhammad s.a.w. menunjukkan lidahnya iaitu jagalah lidahmu, nampaknya Mu'adz menganggap itu remah, maka ia berkata: "Ya Nabiyullah, nasihatilah aku." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Celaka engkau. Apakah engkau kira orang-orang akan terjerumus dalam neraka jahannam itu kerana mukanya, tidak lain hanya hasil dari lidahnya."


6.Nabi Isa a.s. berkata: "Jangan banyak bicara selain dzikir kepada Allah s.w.t. sebab banyak bicara menyebabkan beku hati dan hati yang beku itu jauh dari Allah s.w.t. tetapi engkau tidak mengetahui."


7. Seorang sehabat berkata: "Jika engkau merasa keras hatimu dan lemah badanmu dan berkurang rezekimu, maka ketahuilah bahawa engkau telah bicara yang bukan kepentinganmu."


8. Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu dan jika engkau tak menjaganya ia takkan mempedulikanmu.


9. Luqman al-Haqim berkata kepada puteranya : Hai anak! Sesiapa yang bersahabat dengan seseorang yang jahat takkan selamat, siapa yang masuk ke tempat yang jelek akan tertuduh dan siapa yang tak menahan lidahnya akan menyesal.


10.Setiap kali melakukan kesilapan, kita hanya memohon maaf. Itu sajakah bayaran bagi setiap kesilapan? Apa gunanya kemaafan andai kesilapan tetap jua dilakukan? Barangkali lebih indah sekiranya maaf itu dipendamkan dan kesilapan itu diperbetulkan


11. “Hai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mencemuh kaum yang lain kerana boleh jadi mereka yang dicemuh lebih baik dari yang mencemuh. Dan janganlah pula wanita-wanita mencemuh wanita-wanita yang lain kerana boleh jadi wanita-wanita yang dicemuh lebih baik dari wanita-wanita yang mencemuh. Dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu memanggil dengan panggilan yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah panggilan yang buruk selepas beriman dan sesiapa yang tak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Al-Hujurat :11)



12.Tidak berakal seseorang manusia apabila tidak mahu menerima dan meminta nasihat daripada orang lain.


13. What goes around, comes around.


14. What you give, you get back


haha,, mungkin ada hop kate.. xkaet la ayat2 nih.. he, mane mu tau x kaet?


hehe, hop atah kalli o, aku amek kat tenet je..wiki..


123, aku copycat kat fb..


4567 aku google je.


hop lain tu, same ade ayt Quran, kata2 org bagi, or ade gok lirik sket..


pemikiran seseorang dapat kita tgk pada lidoh? betol ape.. kalu org ngaso, emang ye ngaso. kalu org juruh, lain gaye lop. hop jenih x mike, lagi la.


lidoh emang senang sangat nok wat sakit ati org. x yoh susoh2 blajo silambam, mu buleh watorang nangih. caye ah katku. tobak lillah.


nom 3 or, lebih kurang ar nge hop no 2


pasal lidoh nge hati pon.. kalu molep, lidoh, insya Allah molep ar hati o.. gitu gop kalu buruk, dan buruk, lepuk situ ah. adop nilai


hadith tu pasal Nabi suh kite aware nge lidoh kite. sebab nde? sebab rama org masuk nerake sebab lidoh. bukan bab muke.


hop ni aku x leh nk amal angat agi. banyak cakap xdop pekdoh. tapi tobak ah, dan jupe geng payoh molep nop beti. paroxx!


common r, kalu ade hop rase x kene tu, keh lidoh tajang angat ar tu. pah wat sakit ati org x sedo taram baroh. parox r ginim


no 10 tu mugkin ade hop kate x kaet. kalu tgk skali imbas emang x kaet..ce bace nge mata hati.


11 pom. jgn kate x dop ketan. macamane ye nk mencemuh kalo, ye xgune lidoh utk tujuan jahat op?paham x?


3 yang last tu mungkin x bape kaet..tapi kait ngan tujuan utama aku naip malam ni benonye.. tapi bia jela..


last but no least,,


Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh berbanding lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tak mungkin kan menyakiti hati orang lain, tapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata-kata yang melukakan.


amek pengajaran x nim?


maafkan la ayat2 yang agak mengom ni..aku naip mase ngatop,,he, cau

Sunday, January 01, 2012

what the...?

jujur aku nyatakan bahawa aku sudah jatuh hati. berkali aku merenung rasa hati, hanya dia yang muncul menghadir diri. walau ke mana aku berlari pasti dia hadir meski hanya dalam lipatan memori. dan meski aku cuba mengundur diri, kerap kali dia hadir menghias mimpi-mimpi.

aku dah lama mengharap tapi tak dipeduli. aku dah lama berusaha tapi langsung tak dihargai. aku dah lama menanti tapi hasrat hati aku selalu dibiar sepi. untuk apa aku tunggu lagi? tapi mengapa semua tu bagai tak dapat diterima oleh hati? siapa kau sebenarnya duhai lelaki?

3 tahun aku sabar menunggu. kini aku dah bosan merayu. apa kau ingat aku ni perempuan tak tahu malu? walau dulu mungkin boleh kau bagi aku status tu. sebab aku pun perasan yang aku memang gila kat kau masa tu. tapi tu semua jadi sebab kau yang mulakan dulu. kalau nak diikutkan, berdasarkan diri aku yang memang hati batu, tak mungkin aku akan kenal lelaki yang macam kau tu. kau pandai, ada rupa, ada harta dan orang kata kau punya populariti agak melangit tak macam aku. 

jadi amat mustahil untuk aku kenal kau kecuali kalau kau penting dalam hidup aku. sedangkan nama ketua pengawas pun aku tak tahu, apa lagi kau yang hanya manusia di pinggiran hidup aku. aku pun tak tahu macam mana kau boleh jadi penting dalam hati aku. yang aku tahu, ada orang cakap kau kirim salam kat aku. dan mula hari tu, kawan-kawan kau selalu sebut nama kau bila nampak muka aku. apa kawan kau tu buta hati ke mata kayu? sikit punya jelas tudung aku pakai, yang tak mungkin aku pakai kalau aku spesies sama macam diorang tu.

bila dah habis sekolah aku selalu kacau kau punya ketenteraman. akal aku memang tak cukup untuk menegaskan bahawa apa yang aku buat tu akan menjatuhkan maruah perempuan. yang aku tahu, aku nak kau faham apa yang selama ni terpendam. tapi kau tak pernah nak faham. kau kata yang kita ni cuma kawan. ok, so, kenapa selama ni kau selalu beri aku harapan?

aku cuba bersangka baik dengan semua yang terjadi. aku harap kau masih simpan aku dalam hati. tapi aku makin terasa hati. tak ada satu pun maklumat pasal aku yang kau amati. kau cuma tahu yang aku seorang ami yang kurang mempunyai rasa hati. atau mungkin tu pun kau tak pernah fahami.

aku jumpa lelaki lain yang lagi memahami. dia terima aku seadanya tanpa ada sebarang kutukan yang boleh buat aku berapi. aku memang sangat senang dengan lelaki jenis ni. tapi aku tak mampu tipu diri sendiri. hanya kau yang mampu buat aku rasa semua rasa hati. kau boleh buat aku senyum, menangis dan menjerit dalam masa yang hanya berjarak milisaat secara berselang-seli.

tapi aku sedar, aku bukan manusia yang selayaknya untuk kau bersama. kau tak pernah nak anggap aku lebih dari sekadar teman biasa. tapi kau boleh pula cakap kat kawan baik aku yang kau suka dia. tapi dia tolak kau sebab dia memang dah ada lelaki yang dia sayang macam kau sayang dia. masa aku dapat tahu tentang tu, sumpah, aku sangat kehilangan kata-kata. kawan aku tak bagitahu aku sebab dia tahu apa yang aku akan rasa kalau dia bagitahu aku apa yang kau kata kau rasa kat dia. kawan baik kau yang terlepas kata. mungkin dia ingat aku dah tahu yang kau suka dia.

aku masih macam dulu. aku selalu kacau kau untuk pastikan kau tak lupa kewujudan aku. tapi aku tak rasa yang kau anggap aku apa-apa langsung masa tu. sebab kalau aku telefon kau, kau akan bagi alasan kau sibuk dan kau bagi telefon kau kat kawan kau untuk cakap dengan aku. tiap-tiap kali pun mesti macam tu.

hei lelaki, kalau aku nak cakap dengan kawan kau, aku akan minta nombor dia dengan kau dan aku akan telefon dia. tak ada pasal aku nak kena telefon orang lain sebab nak cakap dengan dia. aku memang sangat terasa. mungkin kat dalam mata kau aku memang tak ada harga. 

dan nak ditakdirkan, hari tu aku terluah rasa hati dengan seorang lelaki. aku tak pula cerita tentang kau waktu meluah ni. tapi ayat dia buat aku rasa happy. aku rasa senang hati. mungkin Allah bagi aku ketenangan hati melalui ayat lelaki ni. dia tak ada sebut anything yang cheesy. dia cuma bagi sepotong ayat yang mana ayat tu memang aku tak tahu macam mana boleh buat aku rasa relief. dia cuma cakap, "aku rasa kalau kau bercinta lepas kahwin, semua benda akan jadi sweet. dan kau tak kan rasa vulnerable macam ni." ayat dia simple dan aku rasa terubat je hati ni.

lelaki, sekarang aku dah boleh lepaskan kau dari hati ni. bukan aku dah tak suka kau lagi, tapi aku nak belajar untuk lebih menghargai diri sendiri. kau mungkin lelaki yang berjaya buat aku lupa diri, tapi alhamdulillah, aku dah jumpa jalan pulang untuk aku kembali. biarlah rasa yang selama ni bertakhta aku lepaskan pergi. hanya hati ini yang mengerti atas rasa yang pernah menghantui diri.

p/s: tentang siapakah entri ini tertaip?


Dingin pagi
Menemani sepi di kali hati
Berarak pergi sebuah kecintaan abadi
Merungkai gelora di laman nubari
Terpana saat cinta itu dibutakan
Dengan seraut rindu yang mencengkam
Siapa aku padamu?
Degup hati merenik pilu
Silu untuk terus menjauh
Mengapa ini yang harus berlaku?
Suria makin sirna sinarnya
Lalu hadirlah malam kelam
Hanyalah diterangi bintang kusam
Lentur sebuah mimpi
Ikrar sebuah janji
Terkadang sekadar fantasi
Namun hadirnya bawa inspirasi
Letih jiwa berseloka
Tanpa ada yang hadir bicara
Mungkin sudah takdirnya
Aku kan terus setia
Hingga bulan berubah warna
Demi cintaku nan tulus
Pada sebuah janji puitis
Yang tak pernah ku lihat
Dalam paparan kasih sedarjat...



“Kerana kau aku masih di sini”-4A3'08



181109,spm bahasa melayu 1,0917
 ~terluah akhirnya,,:p