Sunday, January 01, 2012

what the...?

jujur aku nyatakan bahawa aku sudah jatuh hati. berkali aku merenung rasa hati, hanya dia yang muncul menghadir diri. walau ke mana aku berlari pasti dia hadir meski hanya dalam lipatan memori. dan meski aku cuba mengundur diri, kerap kali dia hadir menghias mimpi-mimpi.

aku dah lama mengharap tapi tak dipeduli. aku dah lama berusaha tapi langsung tak dihargai. aku dah lama menanti tapi hasrat hati aku selalu dibiar sepi. untuk apa aku tunggu lagi? tapi mengapa semua tu bagai tak dapat diterima oleh hati? siapa kau sebenarnya duhai lelaki?

3 tahun aku sabar menunggu. kini aku dah bosan merayu. apa kau ingat aku ni perempuan tak tahu malu? walau dulu mungkin boleh kau bagi aku status tu. sebab aku pun perasan yang aku memang gila kat kau masa tu. tapi tu semua jadi sebab kau yang mulakan dulu. kalau nak diikutkan, berdasarkan diri aku yang memang hati batu, tak mungkin aku akan kenal lelaki yang macam kau tu. kau pandai, ada rupa, ada harta dan orang kata kau punya populariti agak melangit tak macam aku. 

jadi amat mustahil untuk aku kenal kau kecuali kalau kau penting dalam hidup aku. sedangkan nama ketua pengawas pun aku tak tahu, apa lagi kau yang hanya manusia di pinggiran hidup aku. aku pun tak tahu macam mana kau boleh jadi penting dalam hati aku. yang aku tahu, ada orang cakap kau kirim salam kat aku. dan mula hari tu, kawan-kawan kau selalu sebut nama kau bila nampak muka aku. apa kawan kau tu buta hati ke mata kayu? sikit punya jelas tudung aku pakai, yang tak mungkin aku pakai kalau aku spesies sama macam diorang tu.

bila dah habis sekolah aku selalu kacau kau punya ketenteraman. akal aku memang tak cukup untuk menegaskan bahawa apa yang aku buat tu akan menjatuhkan maruah perempuan. yang aku tahu, aku nak kau faham apa yang selama ni terpendam. tapi kau tak pernah nak faham. kau kata yang kita ni cuma kawan. ok, so, kenapa selama ni kau selalu beri aku harapan?

aku cuba bersangka baik dengan semua yang terjadi. aku harap kau masih simpan aku dalam hati. tapi aku makin terasa hati. tak ada satu pun maklumat pasal aku yang kau amati. kau cuma tahu yang aku seorang ami yang kurang mempunyai rasa hati. atau mungkin tu pun kau tak pernah fahami.

aku jumpa lelaki lain yang lagi memahami. dia terima aku seadanya tanpa ada sebarang kutukan yang boleh buat aku berapi. aku memang sangat senang dengan lelaki jenis ni. tapi aku tak mampu tipu diri sendiri. hanya kau yang mampu buat aku rasa semua rasa hati. kau boleh buat aku senyum, menangis dan menjerit dalam masa yang hanya berjarak milisaat secara berselang-seli.

tapi aku sedar, aku bukan manusia yang selayaknya untuk kau bersama. kau tak pernah nak anggap aku lebih dari sekadar teman biasa. tapi kau boleh pula cakap kat kawan baik aku yang kau suka dia. tapi dia tolak kau sebab dia memang dah ada lelaki yang dia sayang macam kau sayang dia. masa aku dapat tahu tentang tu, sumpah, aku sangat kehilangan kata-kata. kawan aku tak bagitahu aku sebab dia tahu apa yang aku akan rasa kalau dia bagitahu aku apa yang kau kata kau rasa kat dia. kawan baik kau yang terlepas kata. mungkin dia ingat aku dah tahu yang kau suka dia.

aku masih macam dulu. aku selalu kacau kau untuk pastikan kau tak lupa kewujudan aku. tapi aku tak rasa yang kau anggap aku apa-apa langsung masa tu. sebab kalau aku telefon kau, kau akan bagi alasan kau sibuk dan kau bagi telefon kau kat kawan kau untuk cakap dengan aku. tiap-tiap kali pun mesti macam tu.

hei lelaki, kalau aku nak cakap dengan kawan kau, aku akan minta nombor dia dengan kau dan aku akan telefon dia. tak ada pasal aku nak kena telefon orang lain sebab nak cakap dengan dia. aku memang sangat terasa. mungkin kat dalam mata kau aku memang tak ada harga. 

dan nak ditakdirkan, hari tu aku terluah rasa hati dengan seorang lelaki. aku tak pula cerita tentang kau waktu meluah ni. tapi ayat dia buat aku rasa happy. aku rasa senang hati. mungkin Allah bagi aku ketenangan hati melalui ayat lelaki ni. dia tak ada sebut anything yang cheesy. dia cuma bagi sepotong ayat yang mana ayat tu memang aku tak tahu macam mana boleh buat aku rasa relief. dia cuma cakap, "aku rasa kalau kau bercinta lepas kahwin, semua benda akan jadi sweet. dan kau tak kan rasa vulnerable macam ni." ayat dia simple dan aku rasa terubat je hati ni.

lelaki, sekarang aku dah boleh lepaskan kau dari hati ni. bukan aku dah tak suka kau lagi, tapi aku nak belajar untuk lebih menghargai diri sendiri. kau mungkin lelaki yang berjaya buat aku lupa diri, tapi alhamdulillah, aku dah jumpa jalan pulang untuk aku kembali. biarlah rasa yang selama ni bertakhta aku lepaskan pergi. hanya hati ini yang mengerti atas rasa yang pernah menghantui diri.

p/s: tentang siapakah entri ini tertaip?


Dingin pagi
Menemani sepi di kali hati
Berarak pergi sebuah kecintaan abadi
Merungkai gelora di laman nubari
Terpana saat cinta itu dibutakan
Dengan seraut rindu yang mencengkam
Siapa aku padamu?
Degup hati merenik pilu
Silu untuk terus menjauh
Mengapa ini yang harus berlaku?
Suria makin sirna sinarnya
Lalu hadirlah malam kelam
Hanyalah diterangi bintang kusam
Lentur sebuah mimpi
Ikrar sebuah janji
Terkadang sekadar fantasi
Namun hadirnya bawa inspirasi
Letih jiwa berseloka
Tanpa ada yang hadir bicara
Mungkin sudah takdirnya
Aku kan terus setia
Hingga bulan berubah warna
Demi cintaku nan tulus
Pada sebuah janji puitis
Yang tak pernah ku lihat
Dalam paparan kasih sedarjat...



“Kerana kau aku masih di sini”-4A3'08



181109,spm bahasa melayu 1,0917
 ~terluah akhirnya,,:p

11 comments:

  1. syabas bettey....yg baik sdg menunggu kamoo..jgn cdey..kang ak pon cdey...:)

    ReplyDelete
  2. hey.macam tau je sape? keep being strong dear.i'm a longer in waiting than you

    ReplyDelete
  3. akhirnye hati mg da rela mlepaskn tp aku je msih blum sdie utk smue tu...

    ReplyDelete
  4. mcm tau je sape...sbr ye my dear..Allah tau pe yg trbaik untk kte..:)

    ReplyDelete
  5. haha, sume yang rase cam kenal tu, take that as rasa cam betul je the one yg korang rase tu,, peace..

    ReplyDelete
  6. and as for the poem, that's one of many many that created while he's in my mind.

    ReplyDelete
  7. ok....ak da ubah profil..da follow yg bru..hehhe...

    ReplyDelete
  8. aku x sangka sebegitu mendalam perasaan ko Ami..mmg kita x ble lari dr soal perasaan tp kita boleh kawal...penuhi masamu dgn pkara bmanfaat..dekatkan diri dgn Allah,nescaya cinta lelaki soleh milikmu..insyaallah

    ReplyDelete
  9. Allah cipta kite brpsgn so xyoh risau laa che ami oi,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. darth vader? kita kenal x r? cute name la..

      Delete