Tuesday, January 10, 2012

fakta yang tak penting sama sekali!

Peringatan awal: entry ni panjang dan membosankan

Beberapa fakta tentang ami yang kurang diketahui orang

1       Seorang yang pemalas.
Ami sangat malas dalam kehidupan sehariannya. Kebanyakan masanya banyak dipenuhi dengan tidur, movie, dan makan. Ami jarang-jarang sekali dilihat membaca buku melainkan buku-buku komik dan novel yang bersepah di dalam bilik beliau. Katil yang bersepah juga merupakan satu indicator dalam menilai tahap kemalasan Ami. Kadang-kadang, Ami juga diserang gastric angkara kemalasan beliau makan nasi. Amalan kemalasan ini telah memberi banyak impak buruk dalam kehidupan beliau namun entah mengapa, Ami bagaikan tidak pernah terdetik di hatinya ingin mengubah sikapnya itu.

2    Seorang yang sukar dimengerti.
Biasa la manusia. Siapa la yang mampu memahami dan difahami semua orang kan? Tapi kes Ami ni agak unik. Hal ini demikian kerana beliau bukan sahaja sukar difahami oleh orang lain bahkan dirinya turut mengalami delusi dan situasi yang sama. Waktu beliau sedih, adakalanya beliau mengalirkan air mata namun ada pula situasinya di mana beliau tersenyum waktu air mata sepatutnya mengalir di kedua-dua pipinya. Konflik hati yang dihadapi beliau sering membuatkan beliau keliru dengan apa yang setulusnya beliau inginkan. Dan biasanya manusia lain suka mengambil kesempatan atas kekurangan yang dimiliki oleh beliau. Perasaannya dikemudi bagai kapal yang bakal karam dalam lautan berapi. Entah berapa banyak rasa hati yang kurang difahami namun menyakitkan hati telah beliau hadapi selama ini.

       Ego.
Semua orang ada ego masing-masing. Namun manusia bernama Ami ini kurang atau lebih tepat lagi malas mengaplikasikan emosi ini dalam hidupnya. Egonya sering dibiarkan di takat rendah terutama apabila beliau berhadapan dengan orang yang baru dikenali. Beliau akan membuat analisis terhadap tahap ego setiap insan yang hadir dalam hidupnya. Manusia yang dirasakannya meletakkan ego yang tinggi apabila berhadapan dengan beliau akan dilayan dengan tahap ego yang sama. Begitu juga halnya dengan orang yang meletakkan ego di tahap yang rendah, beliau juga mampu melakukan hal yang sama. Ego hanya suatu emosi yang tidak penting bagi Ami apabila beliau berhadapan dengan orang yang tidak mementingkan ego tetapi jika egonya dicabar, beliau biasanya tidak mampu menahan sabar.

       Pendiam.
Sejujurnya, Ami adalah sejenis spesies yang mudah mesra serta mempunyai sense of humour yang tinggi. Tapi tidak ramai yang tahu tentang sifat sebenar Ami. Beliau adalah seorang gadis yang pendiam sehinggalah suatu hari beliau terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang mengubah sifat beliau. Beliau menjdai semakin aktif, peramah dan kaki buli. Ketua pengawas – Abdul Fatah Khairi bin Abdul Rahman sering menjadi mangsa buli beliau.

       Sukar menyatakan ‘tidak’.
Beliau sangat tidak berbakat dalam menyatakan perkataan tidak. Pantang ada yang mengajak ke mana-mana, meminta tolong atau apa-apa sekali pun, jawapan yang sering diberikan ialah “Ok.” beserta senyum. Kalau pun beliau sudah sampai ke tahap betul-betul ingin menolak, jawapan yang terkeluar pula ialah “Erm,, tak tahu lah..” sambil mengetap-ngetapkan bibir, dan seringkali diselang selikan dengan penggaruan penuh berhemah di dahi yang kadang-kadang gatal itu. Dan biasanya orang yang bertanya akan bertanya, lagi dan lagi sampailah waktu yang dijanjikan lalu akan disertakan dengan satu daripada dua jenis hasil. Pergi atau tidak. Betapa beliau berharap orang akan faham bahasa penolakannya, tapi tak seorang pun faham.

       Lebih selesa meluahkan pada lelaki berbanding perempuan.
Apa yang mampu dilakukan oleh beliau apabila perasaan yang tak dapat digambarkan datang dan tiada spesies perempuan yang memahami beliau? Sedangkan dari kecil, beliau membesar dalam lombong, atas pokok kelapa, menyorok atas atap rumah, ceroboh pagar airport, dan sering pula dihadiahkan sedas dua rotan apabila tingkah kasarnya melampaui batas. Minatnya pula lebih kepada kelakian berbanding keperempuanan. Tingkahnya juga terkadang terlebih maskulin. Mungkin di luar beliau gadis yang biasa, common, low profile, tapi di rumah pula bagaimana? Di ruang legar yang beliau bebas menjadi dirinya yang sebenar, tiada pengawalan tingkah laku berganda. Hatinya masih gadis, cuma seakan kurang feminim. Rasa hati hanya sering diluah pada abang-abang yang tak pernah jemu mendengar dan sangat mudah memahami. Dan suasana yang sama ditemui di alam universiti. Yang terbiasa sabar melayan kerenah hati adalah seorang lelaki. Yang terbiasa merenung apa yang terjadi adalah seorang lelaki. Dan bila  beliau cuba meluah rasa hati pada seorang gadis, sering pula rasa hatinya dibiar sepi. Bukan sekali malah berkali-kali hingga akhirnya hati fed up sendiri.

       Mudah dilabel sebagai seorang yang matang.
Entah sejak bila ini terjadi. Beliau sendiri tidak pasti dan tak pernah nak ambil peduli. Beliau ada ramai kawan lelaki. Memang rapat dan biasanya beliau layan semua sama rata tanpa pilih kasih seperti commonly mak tiri. Mereka suka bertanya isu semasa, dan ada kalanya meminta pandangan jujur ikhlas dari hati. Dan biasanya lepas tu lah, mereka akan kata beliau ni matang walaupun saiz kecil macam cili padi. Mereka juga kata pemikiran beliau dewasa walau fizikal masih lagi muda remaja. Entah dari mana akal mereka datang sampai boleh buat persepsi sendiri. Yang budak Ami tu tahu, dia Cuma suarakan isi hati. Cakap terus terang sebab lelaki bukannya mudah nak terasa hati.

Ahhh,, haha.. hari ni agak mengom lalu saya membuat keputusan untuk menaip realiti hidup yang kadang-kala menjadi misteri. Haha,,jumpa lagi di lain hari!!

5 comments:

  1. daaa....ak da bce..:P
    for choosseee....mengong..sebot la lelok..
    facuss..

    ReplyDelete
  2. haha betul lah tu :D yg ego tu,cam slalu je gado ngn ak.. tp last2 ko rindu gk kat aku.. hihihi :p ade bagus gak..hhehe yg katil bersepah tu mmg YE. ahha :O le wat tempat ternak kambing da.. :P gurau je,..hehe
    _mya yahya

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..bukan takat kambing je..ultraman pun aku ley ternak kat katil aku tuh mya

      Delete
  3. waaaaaa btl2 mcm ami aku kenal....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. najwa..tq la sebab jadi pendengar aku slame ni eh?haha..& thanx to your abg skali..ngeh3

      Delete