Friday, December 23, 2011

sedih + emo = mengom

list perkara duniawi yang saya lakukan bila mokteh mengalami keadaan di atas.

1. tengok gambar dua manusia yg paling tersayang

2. minum nescafe walaupun tahu yang kafein x diterima ngan mesra oleh organ dalaman mokteh

3. panjat somewhere yang tinggi, pastu lompat terjun ke bawah. ulang sampai rasa cam dah sengal

4. tido

5. panjat atas atap rumah, tido atas tu.(kalo siang jela)

6. nanges sengsorang

7. luahkan perasaan pada bantal busuk atau pada saleh, my dearest kambing

8. basuh pinggan ngan muke pelik

9. tengok cite kamen rider den-o sapa rase ok balik

10. makan sampai overload sampai rasa nak muntah balik

sebenarnye, apa yang bermaksud sedih dalam hidup mokteh? jap..nak try list

1. pa  mokteh  keluar rumah utk pergi kerja masa  mokteh  kecik-kecik dulu.  mokteh rasa macam ditinggalkan.  mokteh  sedih.

2. panjat pokok pauh epal depan umah tiap-tiap hari adalah rutin harian  mokteh . pada suatu hari,  mokteh  hampir jatuh dari pokok tersebut tapi peristiwa itu telah disaksikan oleh pa mokteh . beliau telah menebang pokok itu sejak hari itu. mokteh  sedih.

3. join my abang main kat lombong. balik masa maghrib. kene rotan. mokteh  sedih.

4. luka-luka yang disebabkan oleh ketidaksengajaan pa dan abang2.. x rasa sedih. sakit je sikit. tapi hepy. they leave scars on my body but memories in my heart.

5. accident masa darjah 6. 1 april 2004. hari khamis. 6 petang. dekat ngan airport. mokteh  naik basikal. dilanggar oleh seorang pompuan yang menaiki satria hijau lumut pakwenye yang berplat KAM600. sangat x sangka ada manusia (manusia rasanya) sebiadap itu di dunia ini. sedih ngan pompuan tu. tapi terbukti my family loves me.

6. jatuh katil 2 tingkat kat asrama masa form 1. dihantar ke hospital oleh warden tapi cuma ditemani oleh seorang kawan. sangat x puas hati ngan nurse tu. dia mempertikaikan kenapa my parents tidak menghantar  mokteh  ke hospital tapi hanya ditemani kawan. dia kata yg my parents x cakna ngan anak sendiri. rasa sangat bengang. nasib la my dagu pecah sampai sakit kalau nak bercakap. kalau x, dah lama aku bidas.

7. sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat bengang. ok, i admit that is my fault. x terkejut subuh. cuba gitau sape yang x penah alami? tapi perlukah kau membising satu rumah tentang tu? bukan aku je yang x terkejut tido, tapi kenapa aku je yang kena maki hamun kau? sampai hati kau bagi aku line "kat sekolah bagus, pakai tudung bulat, kalu gini la, baik la mung lanjang bulat!" apa kau ingat aku ni apa kau sesuke hati je cakap camtuh? sedangkan nabi sendiri ajar suruh mendidik guna bahasa yang elok. sorry to say, i won't forgive u before u apologize la. and i wanna wait, sampai  bila your ego akan menidakkan kebenaran. haha. lupa. you don't read my blog, so i guess u already forget about this already. 

8. ada perselisihan sikit ngan my bestest fren, Ummi Munirah binti Rosli masa form 3 hingga form 4 skit. sedih sebab dia sangat memahami mokteh . love her. very much. dear, i'm sorry for my bengong that time eh? you're the best la!

8. my first love died. my lovely pa went away. totally sad.

9. ada aktiviti camping. but baju sponsor yg semua org dapat ada default sket. patutnye baju pompuan lengan panjang and sampai lutut tapi yg ada my name lengan pendek and sampai kat atas lutut je. ok je pasal ni. tapi ada insan yg kate, "nasib mu la ami. ekpon sungguh, nak jadi laki ngat. pah buleh baju laki." aku tanye, "tengok kut mane yg aku nk jadi laki?" "rambut o. x leh ke kalu wat panjang ket? mu nak jadi laki ke?" "aku sedo diri lagi la. aku pom blajo la yg pompuan menyerupai laki & laki menyerupai puan tuh dilaknat Allah. aku tanye doh ustaz mad harun. ye kate pompuan, wat la rambut pendek gane pon, kalu ye paka tudung x pe la. pemakaian tudung kan melambangkan seorang pompuan.. ikut logik, tudung bukan pakaian laki kan??" then beliau senyap.. betul what apa yang mokteh kate. sedih x sedih gak la mase ni. ye la, pertuduhan yg melibatkan laknat Allah tu..

10. hati mokteh dipermainkan. 

11. try bayangkan. ada sorang kawan. dia sering kate kau lukakan hati dia tapi dia sebenarnya melakukan perkara yang sama malh lagi teruk lagi. tiap kali dia buat camtu, kau tegur, tapi dia menyampuk. dia selalu nak menang. sampai kau dah tak tahu nak buat apa. ok. sangat bengang.

dah,dah ami. macam apa dah entry kali ni. ni la yg jadi bile sedih + emo = mengom datang.

cau dulu lah. nak study sikit. love u readers!



1 comment: