Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Thursday, July 18, 2013

Poligami. Teehee

Semalam heboh duk bising pasal Ashraf Muslim nikah no 2 kat Thai. Baik kat FB, twitter, semua bising. Laki semua duk back up, pompuan semua duk attack. Haha, kagum aku. Isu itu berjaya membuatkan manusia leka dpd isu harga ayam dan taraf letrik yang naik dengan penuh kasih sayang itu.

Aku malas nak campur gak sebenarnya, haha. Macam bodoh nak gaduh pasal hukum yang memang ada dalam Quran. But then, yeah. Hati kecil aku nak membebel. Kehkeh.

Bagi aku, poligami bukan benda jahat. Manusia yang buat poligami tu nampak jahat. Media yang tampilkan poligami itu jahat. Padahal, sunnah. Tapi, salah jugak kat sini sebab sunnah ni je orang duk sibuk nak buat. Puasa sunat malas pulak. -_- 

Then, pasal pompuan lak. Nk meroyan-royan bagai, bukan boleh setel masalah. Kenapa laki kau nak cari lain, fikir balik salah kau kat mana. Atau mungkin kau tak salah pun, Allah uji kau dengan dugaan macam ni. Sabar.

"Kau x kena kau boleh la cakap macam tu!" 

Yeah, right.Aku mana pernah rasa lagi dimadukan. Kahwin sekali pun belum, acaner nak dimadukan ye dak? Haha. But then, di situ la kita gun akal. Takkan kita nak fikir solution bila tengah tersepit je. Ni nampak keserabutan, cari la solusi. 

Bagi aku, dengan level aku yang sekarang ini, kalau laki aku mampu dan boleh berlaku adil, dia nak cukupkan 4 pun aku ok je. Dah yang nak berbini, dia. Bukan aku. Nampak di situ aura kerek aku? Hhahaha.

Malas nak cakap banyak sangat. Ni pun aku merapu banyak ni. Cerita dia, isteri kalau laki kau nak nikah lain, fikir apa kurang dalam layanan kau, then kalau xde solusi, dan kau rasa laki kau mampu dan boleh berlaku adil, then okaykan je. Dah memang dia mampu, nak kata apa? Jangan tolak hukum yg ada dalam Quran. Boleh terbatal iman kau kang. 

Pada si suami, kalau kau x mampu zahir dan batin, better batalkan je niat tu. Nafsu tu semua bro. Dunia sementara je. Dpd kau duk wat onar nak bina masjid baru, baik kau imarahkan masjid sedia ada dengan lebih ramai penghuni, kan ke sweet. Tapi kalau dah kau mampu semua, adil saksama tanpa bangkangan, sukati kau lah.

Dan pada pompuan yang belum ada pasangan itu, sebelum kau nak masuk celah2 ikut jalan pintas nak bina masjid, apa kata kalau kaufikir apa rasa kalau kau di tempat isteri lelaki berkenaan. Tak tahu lah kalau kau buta hati nak fikir pasal isteri dia, anak dia yang mungkin akan menderita bila ketua kapal hanyut duk mereng mengigaukan kau.

Panjang melampau sudah post kali ni. Harap faham bahawasanya poligami itu indah. Jangan kotorkan dengan fitnah. Sekian aku membebel. Salam Subuh.

Saturday, March 17, 2012

aNdai ketentUan itu bukAn suAtu ketEntuan..."

Hai. Selamat sejahtera.

Entah mengapa tiba-tiba jari ini bagai terpanggil untuk menaip kembali di netbook tua ini. Walhal entry semalam pun masih belum sempat diteliti oleh sahabat yang mengikuti blog ini. Tapi, biarkanlah saja kerana andai aku lupakan tentang ini, pasti ilham ini akan pergi tak kembali kerana begitulah mindaku sejak azali. Sekali aku biarkan ia pergi, ia takkan pernah akan kembali ke sisi.

Lalu marilah kita go through tajuk kita pada hari ini, yakni “Andai ketentuan itu bukan suatu ketentuan.”

Seringkali kita dengar, seseorang itu berkata, “Argh, kalaulah ini hanya khayalan semata-mata.” Atau “Ini hanya mimpi! Mimpi!” Atau juga, “Apa yang aku dah buat ni? Sepatutnya bukan ini yang berlaku! Aku tak patut buat macam ni. Ini tak sepatutnya terjadi!” Apa yang dapat kita faham daripada emosi mereka yang dilemparkan melalui kata-kata ini? Ya, apa yang dapat kita cerna ialah mereka sangat berharap bahawa apa yang mereka hadapi itu bukan suatu ketentuan. Dan mereka menyesal dengan tindakan yang telah diambil.

Sahabat sekalian, bukanlah aku ingin menghukum seseorang itu dengan ilmuku yang sungguh cetek berbanding orang lain ini, tapi apa yang aku tahu, menyesal dengan cara yang tidak berhikmah adalah suatu dosa. Ya, aku tahu ada hadith “Penyesalan itu adalah suatu taubat.” Aku juga belajar tentang itu tapi yang aku tekankan di sini adalah menyesal dengan cara yang tidak berhikmah.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Tahukah kita menyesal dengan cara yang tidak berhikmah itu bagaimana? Iaitu apabila kita menyesal, tetapi sesalan itu tidak membawa kita ke jalan yang benar, tidak menyuluh kita pada siratulmustaqim. Lalu, kita semakin sesat dalam mencari erti hidup.

Kadang-kadang, dugaan yang Allah beri berdasarkan apa yang kita pilih juga boleh merosakkan iman. Contohnya jika kita memandu dengan had laju yang melebihi daripada yang dibenarkan dan secara tak sengaja, terlanggar pembahagi jalan dan ibu kita meninggal,(Nauzubillahi min zalik, minta dijauhkan.) apa yang akan kita lakukan? Menyesal? Meratap? “Kalaulah aku tak bawak kereta laju-laju, mesti mak aku tak meninggal..”

Sahabat-sahabat sekalian. Itu tidak membantu sesiapa pun andai itu yang kita lakukan. Ibu kita takkan hidup kembali. Dan kita mesti ingat, ajal dan maut itu di tangan Tuhan. Kita takkan dapat menahan Izrail daripada mengambil nyawa apabila telah sampai masa yang dijanjikan-Nya.

Sahabat, setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya meski sukar untuk kita temui pada awalnya. Seperti aku, aku juga kadang-kadang sukar untuk menerima takdir, walhal setiap takdir yang Allah takdirkan untuk kita adalah takdir yang terindah sekali buat kita.

Aku sering tertanya, mengapa aku tidak selembut kakak-kakakku yang lain. Rupanya Allah ingin beri aku kekerasan hati supaya aku tak rapuh menahan onak duri kehidupan.

Aku sering tertanya, mengapa aku tidak seperti sahabat-sahabatku yang begitu tekun, begitu mudah untuk menerima ajaran. Rupanya Allah tak ingin penyakit riak menyelubungi benakku.

Aku sering tertanya, mengapa manusia seakan tak pernah menghiraukan perasaanku. Mengapa mereka mengambil mudah apa yang aku cuba sampaikan. Rupanya Allah ingin menegaskan padaku, hanya Dia Yang Maha Mendengar setiap sesuatu.

Aku sering tertanya, mengapa hati aku keras seperti kayu. Rupanya Allah tak ingin aku terjerumus dalam permainan hati dan perasaan yang sengaja iblis dan syaitan tiupkan dalam segenap lakuku.

Aku sering tertanya, mengapa ayahku melayan aku terlalu rapi, sedang aku bukan satu-satunya puteri yang dia miliki. Rupanya Allah ilhamkan dia begitu kerana Dia tahu hatiku tak seteguh adik-beradikku dalam menerima berita pemergian dia pada Tuhannya, lantas dia pagari kesedihanku dengan memori-memori indah yang mampu menghadirkan kuntum-kuntuman senyum.

Aku sering tertanya, mengapa selepas mendapat keputusan UPSR, aku hanya terdorong untuk mengisi satu borang sahaja, yakni borang sekolah agama. Rupanya Allah ingin beri aku ruang untuk isi hatiku dengan ilmu untuk menjadi seorang manusia.

Dan andai ketentuan ini bukan suatu ketentuan, entah apa yang aku akan lakukan sekarang. Entah apa yang aku fikirkan sekarang. Dan mungkin, aku hanya manusia pada nama, bukan pada perilaku, bukan pada pekerti.

Saturday, January 07, 2012

tajamnya lidah,,


semalam ada janji ngan sumone nak taip entry baru.. haha, gaye cam ramai follower je.. whatever la, bukan nak suh org bace sangat pom. kang kalu dah rama sangat bace, xleh ar nok ngutuk orang parok-parok..ke gane?


haha, gitu ah op. nok guane ramok agi..


skarang nok cakap pasal lidoh. mitok maaf r ke sape hop x paham, sile cari org tganu suh translate kalu x paham sgt. he,,


lidoh tu mendape beno er?


Lidah merupakan satu bungkusan otot rangka pada dasar mulut yang menangani makanan bagi mengunyah dan menelan. Ia juga merupakan deri utama bagi rasa. Sebahagian besar permukaan lidah diselitupi dengan bud perasa. Lidah dengan kebolehan banyak pergerakan, membantu membentuk bunyi dalam pertuturan. Ia sensitif dan sentiasa dilembapkan oleh kelenjar air liur, dan kaya dengan deria dan salur darah bagi membenarkan ia bergerak.


macam hop kite tau.. lidoh tu penting. kite wat rase makanan gune ye lah, nk jilat eskrem pom yelah. mende2 hop kaet nge makanan kaet lake nge ye, yedop? haha, x kaet.


kata2 pasal lidah tu banyok. x cayye? kejap.


1.Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati(lurusnya hati di atas tauhid) yang menggambarkan pemikiran seseorang.


2.... ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri


3.Lidah lah pling tajam... Ble m'nmbusi hati insan yg t'rsa drpd p'ktaan mrk2x yg x m'jga prasan org.


4. Luqman Alhakiem seorang hamba sahaya dari Habasyah (Eftiophia) dan pertama yang tampak dari hikmatnya iaitu ketika majikannya menyuruhnya menyembelih kambing dan minta kepadanya supaya diberikan kepadanya sebaik-baik apa yang ada dikambing itu, maka ia menghidangkan kepada majikannya hati dan lidah. Kemudian dilain hari disuruh menyembelih kambing dan minta dihidangkan apa yang paling busuk dari bahagian kambing itu, maka ia menghidangkan hati dan lidah. Maka ditanya majikannya: "Saya minta yang terbaik, maka kau hidangkan lidah dan hati dan kini saya minta yang paling busuk dari anggota kambing maka engkau hidangkan hati dan lidah juga?" Jawab Luqman: "Didalam badan tidak ada yang lebih baik dari kedua anggota ini jika baik dan tidak ada yang lebih busuk jika rosak dan busuk."


5.Nabi Muhammad s.a.w. ketika mengutuskan Mu'adz r.a. ke Yaman. Mu'adz berkata: "Ya Rasulullah, nasihatilah aku." Maka Nabi Muhammad s.a.w. menunjukkan lidahnya iaitu jagalah lidahmu, nampaknya Mu'adz menganggap itu remah, maka ia berkata: "Ya Nabiyullah, nasihatilah aku." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Celaka engkau. Apakah engkau kira orang-orang akan terjerumus dalam neraka jahannam itu kerana mukanya, tidak lain hanya hasil dari lidahnya."


6.Nabi Isa a.s. berkata: "Jangan banyak bicara selain dzikir kepada Allah s.w.t. sebab banyak bicara menyebabkan beku hati dan hati yang beku itu jauh dari Allah s.w.t. tetapi engkau tidak mengetahui."


7. Seorang sehabat berkata: "Jika engkau merasa keras hatimu dan lemah badanmu dan berkurang rezekimu, maka ketahuilah bahawa engkau telah bicara yang bukan kepentinganmu."


8. Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu dan jika engkau tak menjaganya ia takkan mempedulikanmu.


9. Luqman al-Haqim berkata kepada puteranya : Hai anak! Sesiapa yang bersahabat dengan seseorang yang jahat takkan selamat, siapa yang masuk ke tempat yang jelek akan tertuduh dan siapa yang tak menahan lidahnya akan menyesal.


10.Setiap kali melakukan kesilapan, kita hanya memohon maaf. Itu sajakah bayaran bagi setiap kesilapan? Apa gunanya kemaafan andai kesilapan tetap jua dilakukan? Barangkali lebih indah sekiranya maaf itu dipendamkan dan kesilapan itu diperbetulkan


11. “Hai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mencemuh kaum yang lain kerana boleh jadi mereka yang dicemuh lebih baik dari yang mencemuh. Dan janganlah pula wanita-wanita mencemuh wanita-wanita yang lain kerana boleh jadi wanita-wanita yang dicemuh lebih baik dari wanita-wanita yang mencemuh. Dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu memanggil dengan panggilan yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah panggilan yang buruk selepas beriman dan sesiapa yang tak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Al-Hujurat :11)



12.Tidak berakal seseorang manusia apabila tidak mahu menerima dan meminta nasihat daripada orang lain.


13. What goes around, comes around.


14. What you give, you get back


haha,, mungkin ada hop kate.. xkaet la ayat2 nih.. he, mane mu tau x kaet?


hehe, hop atah kalli o, aku amek kat tenet je..wiki..


123, aku copycat kat fb..


4567 aku google je.


hop lain tu, same ade ayt Quran, kata2 org bagi, or ade gok lirik sket..


pemikiran seseorang dapat kita tgk pada lidoh? betol ape.. kalu org ngaso, emang ye ngaso. kalu org juruh, lain gaye lop. hop jenih x mike, lagi la.


lidoh emang senang sangat nok wat sakit ati org. x yoh susoh2 blajo silambam, mu buleh watorang nangih. caye ah katku. tobak lillah.


nom 3 or, lebih kurang ar nge hop no 2


pasal lidoh nge hati pon.. kalu molep, lidoh, insya Allah molep ar hati o.. gitu gop kalu buruk, dan buruk, lepuk situ ah. adop nilai


hadith tu pasal Nabi suh kite aware nge lidoh kite. sebab nde? sebab rama org masuk nerake sebab lidoh. bukan bab muke.


hop ni aku x leh nk amal angat agi. banyak cakap xdop pekdoh. tapi tobak ah, dan jupe geng payoh molep nop beti. paroxx!


common r, kalu ade hop rase x kene tu, keh lidoh tajang angat ar tu. pah wat sakit ati org x sedo taram baroh. parox r ginim


no 10 tu mugkin ade hop kate x kaet. kalu tgk skali imbas emang x kaet..ce bace nge mata hati.


11 pom. jgn kate x dop ketan. macamane ye nk mencemuh kalo, ye xgune lidoh utk tujuan jahat op?paham x?


3 yang last tu mungkin x bape kaet..tapi kait ngan tujuan utama aku naip malam ni benonye.. tapi bia jela..


last but no least,,


Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh berbanding lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tak mungkin kan menyakiti hati orang lain, tapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata-kata yang melukakan.


amek pengajaran x nim?


maafkan la ayat2 yang agak mengom ni..aku naip mase ngatop,,he, cau