Sunday, September 15, 2013

Jahanam

Manusia ada macam macam jenis. 
Ada yang baik menjurus solehnya, ada yang senget tapi okay je, ada yang ayat lucah semedang tapi tahajud tak tinggal, ada yang nampak baik tapi lahanat celakanya. 

Semua macam ada. 

Atas kita nak tengok orang atas dasar apa. Atas dasar baiknya, atau atas dasar jahatnya.

Atas dasar baiknya, maka ambillah pengajaran akan nilai baiknya.

Atas dasar jahat, ambillah juga pengajaran akan nilai jahatnya.

"Tapi, duk perati jahat orang je selalu, kau dah setel ke semua nilai jahat kau?"
Ni yang aku tanya diri aku bila aku mula start nak pandang serong kat orang.

Nampak jahat dia, tegurlah woi. Takkan nak baik sorang2. 

Aku spisis kalau aku mampu, aku tegur. Takleh cara jahat, cara halus. Takleh cara halus, cara batin. (Batin=doa) *doksoh beng piker pelik ah!*

But last the end dia,
Kau nak jadi apa, itu kau punya pasal.

Aku tegur sebab aku sayang.
Dan kalau kau masih nak jadi binatang, jangan tarik aku masuk sekali Jahannam.

Thursday, July 18, 2013

Poligami. Teehee

Semalam heboh duk bising pasal Ashraf Muslim nikah no 2 kat Thai. Baik kat FB, twitter, semua bising. Laki semua duk back up, pompuan semua duk attack. Haha, kagum aku. Isu itu berjaya membuatkan manusia leka dpd isu harga ayam dan taraf letrik yang naik dengan penuh kasih sayang itu.

Aku malas nak campur gak sebenarnya, haha. Macam bodoh nak gaduh pasal hukum yang memang ada dalam Quran. But then, yeah. Hati kecil aku nak membebel. Kehkeh.

Bagi aku, poligami bukan benda jahat. Manusia yang buat poligami tu nampak jahat. Media yang tampilkan poligami itu jahat. Padahal, sunnah. Tapi, salah jugak kat sini sebab sunnah ni je orang duk sibuk nak buat. Puasa sunat malas pulak. -_- 

Then, pasal pompuan lak. Nk meroyan-royan bagai, bukan boleh setel masalah. Kenapa laki kau nak cari lain, fikir balik salah kau kat mana. Atau mungkin kau tak salah pun, Allah uji kau dengan dugaan macam ni. Sabar.

"Kau x kena kau boleh la cakap macam tu!" 

Yeah, right.Aku mana pernah rasa lagi dimadukan. Kahwin sekali pun belum, acaner nak dimadukan ye dak? Haha. But then, di situ la kita gun akal. Takkan kita nak fikir solution bila tengah tersepit je. Ni nampak keserabutan, cari la solusi. 

Bagi aku, dengan level aku yang sekarang ini, kalau laki aku mampu dan boleh berlaku adil, dia nak cukupkan 4 pun aku ok je. Dah yang nak berbini, dia. Bukan aku. Nampak di situ aura kerek aku? Hhahaha.

Malas nak cakap banyak sangat. Ni pun aku merapu banyak ni. Cerita dia, isteri kalau laki kau nak nikah lain, fikir apa kurang dalam layanan kau, then kalau xde solusi, dan kau rasa laki kau mampu dan boleh berlaku adil, then okaykan je. Dah memang dia mampu, nak kata apa? Jangan tolak hukum yg ada dalam Quran. Boleh terbatal iman kau kang. 

Pada si suami, kalau kau x mampu zahir dan batin, better batalkan je niat tu. Nafsu tu semua bro. Dunia sementara je. Dpd kau duk wat onar nak bina masjid baru, baik kau imarahkan masjid sedia ada dengan lebih ramai penghuni, kan ke sweet. Tapi kalau dah kau mampu semua, adil saksama tanpa bangkangan, sukati kau lah.

Dan pada pompuan yang belum ada pasangan itu, sebelum kau nak masuk celah2 ikut jalan pintas nak bina masjid, apa kata kalau kaufikir apa rasa kalau kau di tempat isteri lelaki berkenaan. Tak tahu lah kalau kau buta hati nak fikir pasal isteri dia, anak dia yang mungkin akan menderita bila ketua kapal hanyut duk mereng mengigaukan kau.

Panjang melampau sudah post kali ni. Harap faham bahawasanya poligami itu indah. Jangan kotorkan dengan fitnah. Sekian aku membebel. Salam Subuh.

Tuesday, January 22, 2013

kebersendirian


Bersendiri
Merenung nasib diri yang terbiar sepi
Merenung lorong kelam yang kini tak berhuni
Merenung kamar mandi yang kini sunyi tak berbunyi
Merenung ampaian kosong yang tak lagi sendat bak guni
Merenung.. merenung.. hingga ke dasar hati
Betapa aku letih hidup bersendiri
Namun masih, hanya tinggal aku di sini maka logiklah kiranya kalau aku sendiri
Sendiri.
Kini aku hanya menunggu waktu pagi
Untuk aku mencari tiket bas untuk pulang ke Terengganu pada malam hari
Lalu aku akan sampai ke rumah kala dinihari
Maka di kala itu aku akan mengganggu ketenteraman adikku yang masih lena, hanyut dibuai mimpi
Akan ku ganggu beliau hingga beliau terbangun dan membebel padaku yang bising di pagi hari
Dan aku akan sengih dengan segala rasa girang di hati
Kerna aku sudah terlalu lama sendiri
Dan kini aku punya jalan untuk hilangkan rasa sunyi
Kerna sesungguhnya sunyi itu tak pernah wujud dalam diari family ini.
Yang di kala tengah hari pasti sunyi tidak mampu hadir memuncul diri
Kerna aku pasti ibuku pasti akan bersuara meluah rasa hati
Membising kerna aku tidak memakai tudung tika tamu hadir di rumah ini
Dan aku akan membalas bahawa tuala yang boleh bungkus baby dengan seikhlas hati tu dah cukup kalau setakat nak menutup rambut daripada mata tetamu bila aku hanya sedang membasuh pinggan mangkuk di sinki
Dan seelok itu akan terkeluar lagi segala komen dari mulutnya yang mampu buat kucing aku terasa hati
Dan lepas tu aku hanya tersenyum suka hati
Sebab hanya dia yang sudi membebel tulus dari sudut hati
Kerna aku tahu, dia menyayangiku ikhlas telus dari lubuk nubari.
Dan lepas asar pula,kakakku yang tak sempat aku kacau pada waktu pagi akan pulang ke rumah lepas kerja sehari dari pagi
Dia akan masuk dari pintu belakang sebab pintu depan penuh dengan budak yang belajar mengaji
Dia balik dengan letih, dan aku tahu dia takkan semudah itu ingin mandi
Dan aku kadang-kadang mengacau dia yang akan layan korea di petang hari
Sesungguhnya aku sangat suka mengganggu beliau kalau dia tengah baca buku atau tengok tv
Sebab dia akan marah sebab dia akan jadi blurry dengan apa yang dia dengar kat tv
Dan kalau dia membaca, kalau ayat tu ada sepuluh patah, kalau waktu perkataan kelapan dia baca dan aku membising mengacah, dia akan hilang kosentrasi
Dan dia kena baca dari permulaan ayat kembali
Dan aku juga suka gigit buah epal di telinga kakak aku yang satu ni
Sebab apa, hehe sebab dia x boleh dengar bunyi buah epal tu bertemu gigi
Aku pun tak tau sebab apa tapi tak kesah la, sebab aku selalu mampu buat dia sakit hati dan lepas tu dia akan jadi pembuli
Tapi aku tak kesah sebab dia masih comey, tak kira waktu membuli atau kala dibuli.
Dan jangan sekali-kali cari masalah nak ajak membising dengan ahli rumah ni.
Yang bisingnya bermula dari pagi membawak ke malam hari
Dan jangan sangka sunyi akan datang kala pukul 2,3 pagi
Kerna aku pasti suara dengkuran abangku pasti akan memecah hening bisu dinihari
Tak berubah sejak dari kecik sampai la anak buah dah beratur macam kereta api
Tapi itulah kegembiraan aku yang membuak-buak dalam hati
Sebab itu adalah cara aku mencari kebahagiaan diri.

Kerna aku letih merasa sunyi kala aku sendiri.

Saturday, December 08, 2012


SEPI SEKUNTUM RINDU

Bergulir rasa
Saat sepi bertamu
Menjajah sekeping hati
Dalam kelesuan bayu..

Bergulir rasa
Kala duka tergores
Tertitis mutiara luka
Menyiksa sekeping lara..

Bergulir rasa
Tika terbit mentari
Bersama senyum bianglala
Setelah awan menangis..

Bergulir rasa
Bilamana hadir wajahnya
Kala aku sendiri
Mencari kekuatan nubari..

Bergulir rasa
Tatkala aku sedari
Rahsia hati sendiri
Baru ku tahu
Makna segala kegalauan hati..

Ternyata guliran rasa itu
Punya suatu entiti
Sepi sekuntum rindu...

270910,tutor fizik,4petang

pengalaman pertama,,huhu

Heh, seriously. Yesterday was the first time I've ever had travel alone in order to get to my sis's home in Banting. That was the very first time I travel alone. Don't believe it? Up to you. Feel like I'm qualified to be in Ripley's Believe It or Not show. Haha.

Dah. Malas nak merapu dalam bahasa yang aku sendiri pun kadang-kadang faham, kadang-kadang tak. First of all, Rabu baru ni cuti kan? Which aku tak pernah rajin nak ambil tahu as for apa aku cuti as long aku dapat cuti. Bagus punya pelajar IPTA kan? kata aku dengan muka yang langsung tak terasa nak berasa bersalah.

Then, khamis tu, lab entomology aku pun batal. So sad kan? Sad la sangat.. Petang tuh, ada satu class je. Akaun. Tapi well, cam biasa, kelas akaun aku selalu habis awal. Haha, then dapat tahu yang koko aku, lawn bowl malam tu, batal. Lagi? Dah. Roommate aku yang tiga orang tuh, kompem makan hati tengok aku yang asyik landing atas katil ni. Huhu,,

Then, dapat tahu lagi yang kelas hari Jumaat & presentation Industry Training aku batal. Postpone lagi.

Apa patut aku buat eyh? Assignment macam banyak. Tapi encik M tengah merantai hati aku sekarang ni. Tu yang muka tak bersalah je melepak uh. Tak sedar diri lab report tak siap lagi. Grrrr, geram ngan kemalasan diri sendiri.

Malam tu, tengok Sassy Girl Choon-Hyang. Tah betul ke salah aku eja ni. Bukan aku take care sangat bahagian ejaan ni. Tu yang asyik salah eja je. Huu, bila la nak berubah.

Tengah syok-syok tengok, aku rasa perut agak menggatal nak mengurat encik tandas. Dush, kenapa sekarang? Kenapa? hati aku dah mula merengek uh. Hu, kata aku sambil menggeleng-gelengkan kepalanya lagi. Aku tengok jam. Dah pukul 1 pagi. Balik dari toilet uh, aku tergerak hati nak tegur seorang makhluk yang cam sibuk je depan pintu bilik dia.

Dari pagi tadi dah aku tengok beliau duk buat aktiviti tu, where's the fish ha? So, aku tegur la.. Oo,, akak ni nickname dia Kak Wan, sem akhir. Tengah wat FYP dia la.. Dah ami, jangan kacau beliau. Dah.

Ye la sangat. Aku duk lepak ngan beliau sampai pukul 3 pagi. Huhu, mengarut je aku kacau orang pagi-pagi buta. Tapi Kak Wan kata xpe. At last, borak ngan aku xde la buat dia ngantuk sangat. Ok. Keterlampauramahan aku rupanya merupakan satu kelebihan bila keadaan macam ni occur eyh.. Oo,, baru ku tauuu..

Dah. Jumaat. Aku ingat nak pergi rumah akak aku kat Banting. Nak ambil certain barang yang aku tinggalakn kat rumah dia. Nak pergi, nak pergi. Sampai sudah tak mandi mandi. Dah. Kerana kemengoman aku yang malas mandi, x jadi lak gi umah akak aku.

Tu semua jadi sebab aku gi tengok Fugititive Plan B. Rain kot yang berlakon uh. Aku bukan kenal orang sangat. Nasib la.

Lepas solat Isyak baru la aku turun DC cari soru. Hu, dah la pemalas. Aku cari kedai yang xyah tunggu. Aku tengok dah siap bungkus, aku beli. Padahal nasi goreng apa pun yang aku beli tu, aku x tahu. Aku peduli apa. Asal aku makan. Hohoho, mangkuk punya malas.

Sampai epi 17 je aku tengok malam tu, sebab dah pukul 2.30 pagi. Bangun, aku sambung lagi sampai epi 20. Dah , 12.30 baru aku mandi pagi. Mengom punya malas. Dah tu, baru la aku call 'Azim, tanya nak gi umah akak aku kat Banting tu, kena naik bas mana.

Tunggu bas Seranas sangat mencabar kementalan aku.

Seranas seberang jalan dah sampai 3,4 bas lalu. Sebelah sini x de pun?

Bengang.

Pas sabar, datang la bas. Kena berdiri ok.

Ok. Cantik gak view eyh? Walaweyh, 1st time explore Selangor. Tu pun sebab nak gi umah akak aku sebab nak amek barang. Nak suruh dia rombak barang-barang yang banyak tu, tak sampai hati lak. Better la aku pilih sendiri.

Sampai Klang. Nak naik bas mana lak eyh? Nampak pakcik jual air.

"Pakcik, bas nak gi Banting katne eyh?"

"Depan sana dik."

Pakcik-Adik? Kena ke? Lantak la.

"TQ pakcik." Masih aku sengih waktu tu.

Walaweyh, manekediebas eyh?

Nampak makcik jual nasi. Tegur.

"Akak, bas nak gi Banting katne?"

"Gi depan sana."

Yang ni x de kata ganti nama diri terus. OK. Aku sengih.

Tapi mana?

Bengang lagi.

"Abang, bas nak gi Banting katne ye?"

"Ha, sana je kak."

A sudah.. Nasib badan. Tua sangat rupanya aku sampai diorang tak rela aku panggil abang. Nak suruh aku panggil adik ke anak? Huu,,

Akhirnya jumpa bas Banting. Naik. Gi Banting. Tido.

End.

Cam bengong cite aku kan? Heh, :p

ahu aku"


Malam ni aku sendiri. Roommate aku dah bawak diri. Haha, pergi bilik kawan dia wat assignment. Aku? Mengadap encik lappy cam mengadap encik pakwe. Lalala~ sungguh aku mengarut lagi.

Lame gile aku x update entry baru. Sibuk. J culture shock pun x bape nak habis lagi. Selama ni aku boleh duk lepak landing kat katil x piker pasal lab report, sem ni mangai nak kejar mana nak wat assignment, mana nak wat lab report, mana nak test, mana nak layan anime.. erk, anime tu penting untuk release stress ye adik2.

Latihan industry aku dah setel. Report dah hantar, slide dah present. Boleh la kata boleh hembus nafas lega tang tu. Tapi, ntah camane la nanti hidup aku. Baru masuk sem 3 dah kelam – bala – hancus, kalo masuk sem depan2 lagi? Nak kena wat proposal untuk fyp tuh sumer? Bala, bala.

Aku seriously x tahu nak bebel sal apa. Sebelum ni tiap kali mandi je mesti ada ayat yang aku karang dalam otak. Bila dah bukak Microsoft word, x de ape lak yang nak kluar. X paham aku. Manusia memang macam ni ke? Huhu,,

Dalam masa dalam 2 bulan ni, aku belajar banyak benda gak sebenarnya. Hidup ni, peluang yang datang, macam bas. Time kita tunggu, xde nye nak berenti. Time kita duk dalam LRT ke, kereta ke, nsik motor ke, masa tu la dia duk terhegeh stop kat tempat kita lepak tunggu dia sampai rasa nak bunuh denesor tadi. Tu nama dia ujian.

Orang yang kutuk kita, sentiasa ada dalam hidup kita. Kita Berjaya dia kutuk. Kita gagal lagi la dia kutuk. Then, apa solusi? Biar je la dia. Kita usaha je la lagi untuk dapat apa yang kita deserve dapat. Which make me wonder, what kind of fate is fated for me? Haih, boleh mental kalu duk piker pasal tu je.

Malas ah nak taip panjang. Masa tido aku x cukup sekarang. Dah la sekarang tengah hujan + kilat + guruh + ribut. Tido je la aku. Adios.

rindu encik rumah dan penghuninya..huhu

Monday, August 20, 2012

seLamAtt hAri rayA~


JJ lama  plak x membebel kat sini. Selamat hari raya pada sesiapa yang ada terlalu banyak masa lapang untuk baca entry aku nih. Ok. Aku sedih. Hari raya tahun ni adalah hari raya yang sedih untuk aku.. awat? Pasai aku tak dapat balik raya kat kampong laa.

Tahun ni aku praktikal kat Lembaga Koko Malaysia kat Bagan Datoh. Cuti raya plak 4 hari je. Mintak cuti lebih sket, x dapat. Meaning, aku x dapat la balik. L abang aku dah sound awal-awal lagi, dari zaman matrik dulu lagi dah. Kalo cuti xsampai seminggu paling kurang, jangan nak berangan nak balik rumah. Dia tak izinkan. Aduyai,, apa lagi aku nak kata kan?

Aku raya kat Ipoh. Rumah classmate aku. Pegawai yang selia kami tu dari awal lagi dah sound kat yati, pasang lagu-lagu raya sedih time pagi raya tuh. Nak suh aku nangis. Huhu,, apa la nasib.. dah la takleh balik raya, ada pulak makhluk-makhluk yang nak membuli emosi aku.

Alkisah maka tersebutlah kisah di mana aku x rasa macam aku raya langsung. Serious. Biasanya, lepas semayang raya, aku memang kompem nangis. Tapi, sampai la habis tengok mael lambong pun, aku masih x nangis-nangis lagi. Pastu, biasanya aku suka makan kueh raya lepas orang dah tak raya. Sekarang, aku yang balun kueh-kueh tersebut,

Ngek je rasa mengabehkan kueh raya rumah orang.

Tu cerita raya. Cerita pasal Perak x sudah-sudah lagi. Aku pun x faham. Jodoh aku ngan negeri Perak amat-amat la kuat. Dah la berat aku asyik naik je bila duk kat Perak. Geng-geng aku ramai hok kata jodoh aku ngan orang Perak. Banyak la. Aku masih setia dengan Saleh yang comey, kiut, hensem, kuat, dan menawan serta menyejukkan jiwa. Hooho,, walaupun dia dah meninggal dunia.

Tengok, aku dah melalut lagi.

Xpe la. Aku xde idea dah nak mengarut apa. Selamat hari raya. Maaf kezahiran.

Sunday, July 15, 2012

blurr

nothing much to say.
friends accusing me for a crime.
i had been rejected by 2 companies.
my important one talk back behind me. (does it count?)
i got some bloody wound at my feet and fingernails.
my results aren't that good.
my love life? never'd been in one.
friendship? my bestiest are all faraway.
siblings? i don't really know how to express problems to them.

it's ok. it's all right. i still have Him for everything, no?

Sunday, June 03, 2012

madah berhelah~


Aku masih di sini. Masih cuba mengajar hati agar berhenti menyepi. Masih cuba menghasut diri agar berhenti membenci. Dan masih juga aku berharap agar dirimu hilang dari memori.

Mungkin andai kau tahu isi hatiku kau tak mampu menahan sabar. Sebab akal musabab aku tak pernah tak berakal. Dulu kau yang comel, yang memikat hati, aku letakkan di lubuk hati paling dasar. Dan apa peliknya jika kezaliman kau pun aku pendam, tidak aku lepaskan kerna aku tahu, arah tujunya pasti akan tersasar.

Kau penting dalam hidup aku. Terlalu penting hingga penipuan kau mampu meng’henshin’kan aku pada tunggul kayu. Terlalu penting hingga pengkhianatan kau mampu menukar aku menjadi sekeras batu. Terlalu penting hingga wajah ceriaku selama ini, kini hanya mampu memapar imej wajah kaku.

Gembirakah kau kini bila hubungan kita retak? Amankah kau sekarang setelah tenang hatiku telah kau hentak? Atau mungkin kau nak menafikan dan cuba untuk berkata tidak? Hum, walau apa yang kau kata, mustahil aku akan percaya kalau kau kata yang hidup kau pun melarat. Bukan ke kau yang cakap yang hidup kita tak sama darjat?

Dulu, pantang dengar nama kau, sengih aku sampai ke telinga. Sekarang, Nampak je kawan kau, aku dah rasa nak korek biji mata. Dulu, Nampak kelibat kau, aku dah tak tentu arah sebab kaki ajak supaya ikut jejak kaki kau, nak tahu aktiviti kau apa. Sekarang, facebook kau pun aku dah unsubscribe sebab aku dah mula bengang untuk ambil tahu apa yang kau lakukan dalam alam maya.

Dah. Sudah cukup sudah. Mungkin dalam hati ini menggunung benci dan sumpah seranah. Atau ini mungkin cara aku untuk menidakkan rasa hati yang masih bercambah. Tak pula aku pasti mana satu yang terindah. Sebab sekarang, minda, emosi dan mental aku semuanya dah termasuk mode madah berhelah.

Semuanya gara-gara lidah tersebut nama kau waktu hati tengah gundah.~

p/s: ari ni, 4Jun 2012, genap 4tahun dia pergi.. moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.. Al-Fatihah~

Saturday, April 21, 2012

my life?


Ohayo gozaimas!

Hehe, today I would like to talk about my favourite, my desire, and my life. ;) I’m pretty sure that nobody’s give a damn ‘bout that huh? So what. This is my entry apa. Suka hati la nak post apa pun. Kalau ada yang x puas hati, sila complaint kat aduan rakyat eyh?

Dah la mengarut ami oit! Ok2, hari ni nak ceritakan aktiviti apa yang aku buat pada 3 hari pertama cuti mid sem. Sepatutnya aku dah boleh balik masa hari jumaat, sebab kelas aku sampai hari khamis je minggu lepas. Tapi aku dah terbeli tiket hari ahad awal-awal. Malas la nak gi seksyen 17, tukar balik tiket tu.

Kenapa aku beli tiket hari ahad? Sebab sepatutnya aku ada program jumaat & sabtu. Aku takut yang kalau kami balik shah alam ni dah sampai malam, x sempat la aku kejar bas sabtu malam ahad. Jadi aku pun beli la tiket ahad malam isnin. Kenapa tak beli yang siang? Ntah la. Sebab aku x suka duk dalam bas siang-siang kot.

Start pagi jumaat, aku mulakan marathon aku untuk KAMEN RIDER OOO. Sincerely, pukul 8.11 pagi hari ahad 22 april 2012 baru la abes episode 48. Aku x tahu la pace aku laju ke lambat, yang aku tahu malam tadi aku tido 6jam setengah. Bangun pukul 3 pagi, baru sembahyang isyak, then sambung marathon lagi. Ces, kalu bangun qiyam x pe la jugak kan? Ini, tengok kamen rider.. apa la nak jadi..kata aku sambil menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali.


Aku malas nak cerita panjang-panjang. Kalau nak tengok, beli cd. Tak pun, download. Kalau aku, aku copy org punya je. Malas bazir duit beli cd, malas bazir masa tunggu download. Dah la downloader tengah rosak. Nama je IDM. Huh.

Storyline dia best. Pasal seorang pemuda, Hino Eiji yang hilang desire, opps bukan hilang, tapi dia lupa apa desire dia. Dan suatu hari, dia jumpa dengan Greeed named Ankh. Greeed lain revive walaupun x sempurna 9 core medals, tapi badan mereka sempurna. Tapi Ankh Cuma revive as a right hand je.


Dalam niat nak selamatkan diri, dia tawarkan Eiji kuasa. Start hari tu, Eiji jadi kamen rider. Unexpectedly, Ankh possessed seorang polis yg nyawa-nyawa ikan untuk jadi badan dia. Secara tak langsung, dia selamatkan diri sendiri dan polis tu sekali. Kira macam give and take la kot. Bukan parasite ey?


Nak jadikan cerita, Izumi Hina, adik pada Izumi Shingo, polis yang Ankh rasuk badan dia tu, dapat tau tentang ni. And somehow, they manage to get along well. Sampai la satu masa, 5 core medals yang x pernah dibangunkan selama ini, masuk dalam badan Eiji.


Kalau dalam keadaan terdesak, medal tu akan keluar dari badan dia, dan switch medal yang ada dalam belt Eiji. Tapi Eiji akan hilang kewarasan. Dan memang agak jadi masalah untuk sedarkan dia balik.

I enjoy this fiction very much. Very very much. Just that, the ending is happy, yet sad. And truly, I’ve cried a few of times while watching it. Daisuki Eiji, Ankh mo.

Nak sambung KAMEN RIDER KABUTO lak.

Kenapa la aku ni mudah sangat tertarik kat makhluk kat jepun eyh? Lelaki, perempuan, anime, and the craziness! Mungkin lebih pada lelaki kot. (Makes me wonder camane aku boleh berkenan kat lelaki sekeliling aku kalau aku suka Japanese. Ngeh3. Sebab yang aku tertarik semua xde muka jepun. Huk3)

Haha, another. Greed yang jahat yang aku suka tengok, Kazari. Huhu.


Tata!

Monday, April 09, 2012

cetusan rasa

Assalamualaikum. Heh, rasanya ni baru 1st time aku bagi salam dulu before membebel entah apa2 kat sini kan? Lama pulak rasanya tak mengarut. Ada ke yang rindu pada pengarutan aku? Huhu, rasanya tu satu harapan yang mustahil jadi kenyataan kan? Dah. Gaya macam ada je orang baca entry aku.

Sejujurnya, dua tiga menjak yang aku menyepi ni mengajar aku sesuatu. Bahawasanya kita takkan dapat semua benda yang kita nak. Bahawasanya kita kadang-kadang tak sempat kawal apa yang kita nak. Bahawasanya kita, sebagai manusia tak pernah cukup dengan apa yang kita ada. Bahawasanya kita seakan-akan tak pandai nak mensyukuri nikmat yang Dia bagi kat kita. Sejujurnya, tanpa kita sedari, itulah kita. Raksasa yang bertopengkan manusia yang butuh perhatian.

Kita lumrahnya pentingkan keutamaan kita. Atau mungkin tu aku je. Aku mengaku, aku memang pentingkan diri sendiri. Aku tamak. Haloba. Dan kadang-kadang baru menyedari nikmat yang Allah beri. Tu pun cuma kadang-kadang. Bila? Waktu aku sakit. Waktu aku sedih. Waktu aku butuh sesuatu.

Sesungguhnya manusia itu fitrahnya lupa. Hanya Allah yang tak pernah lupa.

Dan sesungguhnya Allah dah beri semua yang terbaik untuk kita. Tapi kita aku yang tak reti bersyukur. Bila dah terhantuk, baru nak tergadah. Aku tak relate apa yang aku nak, apa yang aku dapat, dan apa yang aku perlu. Sedangkan setiapkali berdoa, aku tak pernah lupa minta pada Dia agar berikan apa yang aku perlu, bukan apa yang aku mahu.

Tapi hati aku tetap berkeinginan apa yang tak layak untuk aku dapatkan.

Sedang aku tahu, setiap perkara yang berlaku tu pasti ada hikmah di sebaliknya meski sukar untuk aku temui pada mulanya.

Maka sesungguhnya aku tak pernah faham apa yang aku rasa.

Menggamit bintang
Tertusuk rindu
Meski terpisah
Masih tertaut
Namun jarak yang memisah
Seakan menjerat
Cuba tuk setia
Tapi seakan terlambat
Kasih terhenti mekar
Hingga sirna segala
Meski aku sedar
Aku seorang pendusta
Mencermin keterlawanan insan...
Dosa yang ku pikul
Kini sebeban itu
Tak mampu lagi kutahan
Mungkin ini akhirnya
Epilog sekeping cinta
Yang telah tersirna
Kerna kezaliman insan
Seperti aku...
13Mac2012, 1358~

Ada sapa-sapa yang boleh relatekan antara perenggan atas, sajak, dan gambar ni?

Sebab aku tak tahu apa yang cuba aku sampaikan.

Monday, April 02, 2012

''sAat aKu JatUh cIntA,''





saat aku jatuh cinta pada seorang pria


terasa seluruh kehidupanku suram


bagai telah tersirna segala sinaran


yang selama ini setia menemaniku...






saat aku jatuh cinta pada seorang pria


segala yang tertancap pada retina mata hanyalah dia


seluruh kewarasanku seakan terbius


dek kebutaanku pada erti cinta...






saat aku jatuh cinta pada seorang pria


aku mula menyesali saat keterjatuhanku itu


kerna sejak dari awal aku tahu


kegilaanku dalam bercinta, semuanya sia-sia


kerna di akhirnya aku pasti kan menangis


mengenang dia yang ternyata bukan untukku...






~sepi ini tak pernah mati


170212, 0738






dah la. aku takde idea nak membebel apa. poem jela jawabnye,, :p

Saturday, March 31, 2012

kAu sampAhkAn kEpercAyaAn yAng aKu BeRi,,''

letih sudah aku
hidup makin kaku
resah menghambur keliru
fikiranku tak tentu..

letih sudah aku
emosiku beku
mengapa harus begitu
entah, aku pun tak tahu..

letih sudah aku
jiwa kian bisu
hati bicara sendu
mengapa harus tertipu..

letih sudah aku
pinta fahami aku
aku bukan batu
ku punya rasa malu..

letih sudah aku
cuba fahami kamu
sedang dirimu
terusan menyiksa aku..

Aku menangis. Apa kau hirau kan?

Aku terkilan. Kau peduli apa kan?

Aku sedih. Gi mampos la ngan aku kan?

Aku marah. Ada kau kisah? Tak kan?

Aku sakit hati. Kau nak amek tau ke? Tak kan?

Aku kecewa. Kau kisah apa?

Aku tau aku bukan sape-sape dalam hidup kau.

Aku tau aku tak penting dalam hidup kau.

Tapi kau penting dalam hidup aku.

Aku anggap kau sebagai sahabat, sebagai abang.

Dan kau sampahkan kepercayaan aku macam tu je.

As for me, love is important but trust is greater.

Kalau aku sayang someone, tak semestinya aku percayakan dia.

Tapi kalau aku percayakan orang tu, meaning aku sayangkan dia.

Dan kau buat percaya aku tu tak ada makna.

Kau buat inferior aku makin tinggi.

Kau buat aku rasa makin down, makin rendah harga diri.

Kau buat perasaan aku macam tak de nilai, tak de harga.

Terima kasih sebab buat aku sedar.

Men are not to be trusted at all. After all.

Friday, March 30, 2012

MDC 1: kiSaH mALam peRtaMa,,''

Aku bergegas mengejar langkah Mayamin. “Ami, cepat la!” jerit beliau memanggil aku. “Ye la. Kejap. Aku jalan la ni.”

Haisy, menyesal pulak rasanya lepas kelas tadi aku landing kejap atas katil. Tak pasal-pasal dah kelam-kabut nak ke mencari mana satu bas yang nak bawak aku pergi balik Terengganu ni. Dah 7,8 minit aku dan Mayamin berpusing-pusing di sekitar depan pagar Kolej Matrikulasi Gambang tu, tapi bayangan bas 3 ke Terengganu masih juga belum kelihatan. Walhal jarum pendek jam dah mula berganjak ke nombor enam.

“Adik, adik cari bas mana?” teguran seorang abang yang lebih aku suka untuk gelarkan beliau pakcik memutuskan lamunan pencarianku. “Terengganu 3.” Jawab Mayamin ringkas.

“Oh, kenapa tak cakap awal-awal. Bas Terengganu 3 tak ada dik.” Aku dan Mayamin dah mula menunjukkan muka terkejut beruk + tak puas hati.

“Bakpe lop?” soalan yang pure dalam bahasa negeri aku keluar tanpa sempat aku menekan brek kecemasan.

Pakcik tu hanya sekadar sengih. “Sebab orang yang nak naik bas 3 tak sampai separuh. Jadi kami tukar dengan van. Yang lebih-lebih tu kami letak dalam bas yang masih ada lompong-lompong. Dah, korang mari sini.”

Dah diajaknya kami pergi kat bas 2. Seorang gadis yang bersama pakcik tadi pun mengekori kami.

“Korang naik, isi tempat kosong.” Ces, gaya macam test lak nak isi-isi tempat kosong segala bagai. Kami pergi menyimpan beg pakaian kami di bawah. Aku melenggang kangkung seketika sebelum menyimpan beg. Waktu aku naik ke atas, aku lihat Mayamin telah duduk di tempat paling hadapan bersama seorang perempuan. Dan gadis yang aku lihat tadi sudah tidak terlihat kesannya di mana-mana. Mesti dah duduk tu.

Satu-satu wajah aku perhatikan dalam bas tu. “Ami, mu kene duduk nge budok laki ar mi.” Suara T-Rex atau nama sebenarnya Nur Athirah binti Jaya Karso menendang gegendang telingaku. “Haha, ye la tu.” Aku membalas dengan riak tak yakin. Budak T-Rex ni duk mengklepet aku masa sekolah dulu sampai aku dah lali kalau dia cakap certain benda yang aku rasa kurang logic. Tapi, tak logic ke lelaki dengan perempuan duduk bersama dalam bas? Ke tak logic dalam mental aku je?

Aku melangkah ke dalam perut bas. Masih tiada tanda-tanda tempat kosong. Sampai la aku ternampak Shima, roommate aku, di seat baris ketiga dari belakang.

“Ami, mu kene duk nge laki.” Dengan nada berbisik beliau memberitahu aku. Mata aku terbuka luas. Masa tu, baru la aku perasan yang 4 seat belakang telah diconquer oleh tiga jejaka asing yang pernah satu bas dengan aku sebelum ni. Aku pasrah. Memang dah takde seat lain. Dengan langkah yang makin tidak menampakkan ciri-ciri gadis melayu yang sopan dan mementingkan tingkah laku, aku menuju ke arah mereka. Seat paling kiri yang masih kosong aku tuju. Tapi aku masih belum dapat duduk kerana lelaki tu tak bangun-bangun pun dari seat dia. Weh, takkan nak suruh aku lompat kaki dia kot? Agak lama aku berkeadaan begitu sampai la beliau bangun lantas mengisi seat di tepi tingkap. Aku duduk dan perjalanan kami bermula.

Beg sandang Billabong aku letakkan di atas peha. Oleh kerana ni seat paling belakang, so aku tak dapat nak sandarkan seat ni. Heh, macam la selama ni aku pernah nak sandarkan seat tuh. Aku jatuhkan badan aku ke bawah sedikit. Kaki makhluk tak berapa nak cukup inci macam aku ni, boleh la nak buat camni. Aku perasan yang lelaki sebelah aku tu, letakkan beg dia kat tengah-tengah antara seat aku ngan dia. Bagus. Ada ciri-ciri lelaki yang menjaga batas perhubungan. Sedikit rasa hormat tumbuh dalam diri.

Handset aku capai dari poket seluarku. Hum, baru pukul 6.25 petang. Maghrib area 7.20 jugak ni. Bas bergerak dan lampu dimatikan. Aku dah agak sasau di seat aku. Kiri aku ada seorang lelaki. Kanan aku ada dua lelaki. Dan aku berada di seat paling belakang dalam keadaan yang gelap dan creepy. Dah la aku ni jenis pantang duduk dalam bas, kereta ni. Confirm aku tido. Kadang-kadang tu, atas motor pun aku boleh terlelap, apa lagi dalam bas.

Aku duk psiko diri aku sendiri. Aku takkan tido la, apa la. Perasan je la tu lebih. Dah duk dalam bas, gelap lak tuh, memang la aku takleh control nafsu mata aku ni. zzZzZzZZzzZZz....

“Hargh, ngarh..” tanganku dah mula mencakar-cakar udara. Gerhana bulan yang tiba-tiba berlangsung telah mengganggu proses pertukaran aku ke bentuk harimau jadian membuatkan tali pusat aku berasa tergeliat. Aku membuka mata. Cesy, cahaya dari handset makhluk sebelah kanan aku rupanya yang mengganggu mimpi aku. “Weh, beng ar wat gitu. Sian ke ye nok tido..” Aku yang dah tersedar yang aku memang tidur lena terdengar makhluk sebelah kiri aku memarahi makhluk sebelah kanan aku. Haha, agak gentleman makhluk ni. Up markah penilaian. Huh, gaya macam nak buat laki je, yang dah siap buat penilaian bagai ni.

Aku tutup mata kembali. Rasa macam selamat pulak nak tidur. Tiba-tiba je. Jadi aku pun terus menyambung kembali aktiviti harian yang terganggu tadi. Dan lepas tu, aku rasa macam bas tu nak berhenti je. Instinct betul. Aku buka mata. Oh ya, lupa lak. Mata aku adalah spisies yang tak boleh buka besar-besar. Memang jenis mata sepet pun. Jadi, kadang-kadang bila aku buka mata pun, orang ingat aku tido. Bengang je bila ingat balik yang aku kena denda masa form 3 dulu sebab cikgu ingat aku tidur dalam kelas.

Aku perhati keadaan sekeliling aku. Makhluk sebelah kiri aku – Mad Alif (macam mad asli, mad jaiz lak aku letak nama beliau ni) yang aku dapat tau namanya bila makhluk sebelah kanan aku panggil dia tadi. Ha, makhluk sebelah kanan aku namanya Syahlan kut. Ntah, aku lupa dah nama dia. Yang sebelah Syahlan tu pulak kalau tak silap aku, Faizul. Tapi, yela, biasa la kan, watak sampingan ni, aku tak ingat sangat nama. Watak utama siapa? Makhluk sebelah kiri aku.

Aku tengok ke kiri sikit. Aku tengok budak Mad Alif macam tengah duk usyar budak pompuan depan seat aku je. Ada sifat kegatalan melampau ke makhluk ni? Nampak muka macam budak baik. Hisy, Ami. Jangan wat dakwaan awal. Husnudzhon la sikit. Ingat, surah al-Hujurat ayat 12. Ingat. Ok. Jom try dengar apa yang budak Mad Alif ni duk sebut dari tadi. Aduyai, sedih la pulak aku tengok. Perempuan ni buat-buat tak dengar ke memang dia tak perasan makhluk sebelah kiri aku ni duk panggil dia? Bikin aku sedih je. Huhu.

“Awak, awak.” Aku sengih je kat seat tu. Nak buat apa makhluk ni nih? (Aku selalu guna perkataan ‘makhluk’ sebab aku biasa guna antara ‘makhluk’ ngan ‘mamat’ je. And u know what, ‘mamat’ tu kan maksud dia ‘mati’. Tak nak la doa kematian orang. Jpeace.)

Last-last baru la aku tau. The Mad Alif sebenarnya nak mintak tolong girl kat depan tu kejutkan aku dari tido. Nak berhenti solat Maghrib kan. So sweet of you la Mad Lif. Tapi, kau tak Nampak ke aku dah bangun sebenarnya? Kecik sangat mata aku rupanya. Tak sangka. Aku dah sampai tahap sayu benar dah melihat beliau cuba memanggil gadis di hadapan aku lalu aku menyound beliau, “Bangun doh la.” Sambil-sambil tu aku duk gonyoh-gonyoh mata.

Naik daripada solat Maghrib tu, aku tengok makhluk bertiga tu dah conquer tempat tu lagi. Heh, ada hati ke nak lawan kawasan jajahan diorang? Aku dah la sorang je.

“Erm, buleh dok kalu duk tepi tikap?” kata Syahlan sambil mengunjukkan ibu jarinya ke arahku. Heh, jenis yang tak dapat menentukan kata ganti nama diri apa yang perlu digunakan jugak? Memang jenis budak-budak baik la.

“Ok je.” Aku jawab. Dan perjalanan kami diteruskan dengan kedudukan aku dan Mad Alif yang dah bertukar. Baru la aku dapat dengar dengan jelas suara Mad Alif. Bising dah area belah kanan aku. Ye la, Three Musketeer dah bergabung, mana tak bising nya. Tadi kemain senyap je Mad Alif tu. Eceh, kata kat orang padahal diri sendiri pun sama je. Aku pun dah jadi patung cendana. Bisu semacam je.

Dan sungguh sangat amat dan teramatlah sangat aku bersyukur yang Allah takdirkan Mayamin tuh jadi sahabat aku. Yang sangat-sangat teramat memahami aku yang amat bosan tahap dewa duduk di belakang tu. Dia bagi aku pinjam mp4 dia. Lalala~ sayang mu Ami! (nickname si Mayamin ni pun Ami jugak)

Maka aku pun berdongdang sayang la kat belakang tuh. Memang dah tak hirau langsung pada jejaka-jejaka Chendering di sebelah kanan aku itu. (jangan Tanya camane aku tau. Ehek, gaya macam ada orang baca je entry ni. Oh, satu lagi. Syahlan tu dapat straight A’s dalam SPM’09)

Maka waktu aku berdongdang sayang dengan penuh ke’feeling’an itu,aku telah ter’asleep’ dengan lena sekali. Sungguh, aku tak sedar langsung apa yang jadi lepas tu.

Sedar-sedar je, aku dapat rasa yang kepala aku berada di tempat yang kurang sepatutnya. Kenapa belok semacam je ni? Sakit la.

Buka je mata, aku terkejut. Huhu, apa ni?

Aku Nampak dengan samar-samar je mulanya. Ingatkan mimpi, tapi oleh kerana rasa sakit yang menyucuk di leher, aku percaya ni reality. Bukan sekadar mimpi, fantasi,mahupun ilusi ataupun imaginasi. OMG!

Apa yang terjadi?

Aku Nampak siku Mad Alif betul-betul depan mata aku. Duh, sikit je lagi pipi kanan aku nak kena tangan dia. Dan air liur basi aku dah selamat mendarat atas beg dia yang kononnya jadi benteng kami tuh. Aku try nak lari, but.. argh! Why this is happening to me la.. aku dah mula merengek dalam hati. Gila! Kepala Mad Alif tak sampai seinci lagi nak kena pipi kiri aku.

Allah, tolong....

Kira-kira setengah jam lepas tu, baru la aku mampu nak melarikan kepala aku daripada siku dan kepala beliau. Duh, itu memang hadiah birthday aku yang paling besar pernah aku dapat. Dan juga pengorbanan paling besar pernah aku buat.

Boleh la anggap macam tu kut. Sebab mende ni berlaku pada 16th Nov 2010. Beberapa minit je lagi sebelum 17th Nov a.k.a. birthday aku a.k.a. hari raya korban. Sampai sekarang aku tak boleh lupa benda ni. Lebih-lebih lagi bila terserempak ngan Mad Alif kat FSG. Dan dia rupanya tinggal kat Perindu. Dan satu platun dengan aku sem lepas untuk kesatria Negara.

Komen Mayamin : kuat jodoh mu nge ye Mi.

Haha, ye la tu.


“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah sifat banyak syak wasangka kerana sebahagian syak wasangka itu perbuatan dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain..” (Al-Hujurat : 12)

Monday, March 26, 2012

mOodY mOoDy di pEtang hari,,"

Hari yang berlalu mengajar aku erti hidup yang berliku. Dalam masa beberapa saat, emosi aku bisa berubah tanpa aku sedari sebabnya. Entah kenapa. Mungkinkah ini konflik remaja yang biasa? Seakannya aku seperti mempunyai masalah yang berat, sedang aku sendiri tidak tahu menahu apa yang menggangguku itu. Aku menangis, ya. Aku menangis. Bukan kerana lelaki. Bukan kerana rasa iri. Bukan kerana tiba-tiba terasa hati. Apatah lagi kerna dicaci maki. Tapi entah mengapa aku bersedih hati. Dan yang lebih menyayat nurani, memang tiada siapa yang Allah takdirkan untuk mendengar rasa hatiku kala ini. Lalu, hanya pada Dia mampu aku meluah rasa qalbi. Dan hanya pada tanah sekangkang kera ini aku menggores mencoret rasa di sudut nubari. Ya Rabbi, kembalikanlah ami pada ami yang selayaknya menjadi ami yang terbiasa disakiti.

Detik waktu yang berlalu
Mengajarku erti hidup yang berliku-liku
Saat ku rebah, longlai dan kaku
Membuatkan diriku tabah mengikis kesilapan lalu
Dalam celahan rentetan sisa-sisa semalam
Ku teruskan perjuangan walaupun
Jiwaku kadang kala kelam
Meneroka kehidupan yang bermacam ragam
Adakalanya indah
Adakalanya membangkitkan perasaan geram...
Terlenakah aku dibuai mimpi-mimpi semalam?
Mampukah aku berdiri teguh
Seteguh gunung yang mencecah langit nan biru?
Aarghh...
Adakalanya sukar dimengertikan
Makna hidup ini...
Siapalah yang sudi memahami?
Kau? Aku? Dia? Mereka?
Tanyalah pada hati
Apa mahunya?
Tanyalah pada akal
Apa katanya?
Hidup ini mesti diteruskan
Walau apa kata mereka
Jadilah diri sendiri yang penuh pengertian
APALAH ERTINYA HIDUP
JIKA TIDAK DIMENGERTIKAN?

sajak ni my aboh yang tulis.