Tuesday, January 22, 2013

kebersendirian


Bersendiri
Merenung nasib diri yang terbiar sepi
Merenung lorong kelam yang kini tak berhuni
Merenung kamar mandi yang kini sunyi tak berbunyi
Merenung ampaian kosong yang tak lagi sendat bak guni
Merenung.. merenung.. hingga ke dasar hati
Betapa aku letih hidup bersendiri
Namun masih, hanya tinggal aku di sini maka logiklah kiranya kalau aku sendiri
Sendiri.
Kini aku hanya menunggu waktu pagi
Untuk aku mencari tiket bas untuk pulang ke Terengganu pada malam hari
Lalu aku akan sampai ke rumah kala dinihari
Maka di kala itu aku akan mengganggu ketenteraman adikku yang masih lena, hanyut dibuai mimpi
Akan ku ganggu beliau hingga beliau terbangun dan membebel padaku yang bising di pagi hari
Dan aku akan sengih dengan segala rasa girang di hati
Kerna aku sudah terlalu lama sendiri
Dan kini aku punya jalan untuk hilangkan rasa sunyi
Kerna sesungguhnya sunyi itu tak pernah wujud dalam diari family ini.
Yang di kala tengah hari pasti sunyi tidak mampu hadir memuncul diri
Kerna aku pasti ibuku pasti akan bersuara meluah rasa hati
Membising kerna aku tidak memakai tudung tika tamu hadir di rumah ini
Dan aku akan membalas bahawa tuala yang boleh bungkus baby dengan seikhlas hati tu dah cukup kalau setakat nak menutup rambut daripada mata tetamu bila aku hanya sedang membasuh pinggan mangkuk di sinki
Dan seelok itu akan terkeluar lagi segala komen dari mulutnya yang mampu buat kucing aku terasa hati
Dan lepas tu aku hanya tersenyum suka hati
Sebab hanya dia yang sudi membebel tulus dari sudut hati
Kerna aku tahu, dia menyayangiku ikhlas telus dari lubuk nubari.
Dan lepas asar pula,kakakku yang tak sempat aku kacau pada waktu pagi akan pulang ke rumah lepas kerja sehari dari pagi
Dia akan masuk dari pintu belakang sebab pintu depan penuh dengan budak yang belajar mengaji
Dia balik dengan letih, dan aku tahu dia takkan semudah itu ingin mandi
Dan aku kadang-kadang mengacau dia yang akan layan korea di petang hari
Sesungguhnya aku sangat suka mengganggu beliau kalau dia tengah baca buku atau tengok tv
Sebab dia akan marah sebab dia akan jadi blurry dengan apa yang dia dengar kat tv
Dan kalau dia membaca, kalau ayat tu ada sepuluh patah, kalau waktu perkataan kelapan dia baca dan aku membising mengacah, dia akan hilang kosentrasi
Dan dia kena baca dari permulaan ayat kembali
Dan aku juga suka gigit buah epal di telinga kakak aku yang satu ni
Sebab apa, hehe sebab dia x boleh dengar bunyi buah epal tu bertemu gigi
Aku pun tak tau sebab apa tapi tak kesah la, sebab aku selalu mampu buat dia sakit hati dan lepas tu dia akan jadi pembuli
Tapi aku tak kesah sebab dia masih comey, tak kira waktu membuli atau kala dibuli.
Dan jangan sekali-kali cari masalah nak ajak membising dengan ahli rumah ni.
Yang bisingnya bermula dari pagi membawak ke malam hari
Dan jangan sangka sunyi akan datang kala pukul 2,3 pagi
Kerna aku pasti suara dengkuran abangku pasti akan memecah hening bisu dinihari
Tak berubah sejak dari kecik sampai la anak buah dah beratur macam kereta api
Tapi itulah kegembiraan aku yang membuak-buak dalam hati
Sebab itu adalah cara aku mencari kebahagiaan diri.

Kerna aku letih merasa sunyi kala aku sendiri.