Saturday, March 31, 2012

kAu sampAhkAn kEpercAyaAn yAng aKu BeRi,,''

letih sudah aku
hidup makin kaku
resah menghambur keliru
fikiranku tak tentu..

letih sudah aku
emosiku beku
mengapa harus begitu
entah, aku pun tak tahu..

letih sudah aku
jiwa kian bisu
hati bicara sendu
mengapa harus tertipu..

letih sudah aku
pinta fahami aku
aku bukan batu
ku punya rasa malu..

letih sudah aku
cuba fahami kamu
sedang dirimu
terusan menyiksa aku..

Aku menangis. Apa kau hirau kan?

Aku terkilan. Kau peduli apa kan?

Aku sedih. Gi mampos la ngan aku kan?

Aku marah. Ada kau kisah? Tak kan?

Aku sakit hati. Kau nak amek tau ke? Tak kan?

Aku kecewa. Kau kisah apa?

Aku tau aku bukan sape-sape dalam hidup kau.

Aku tau aku tak penting dalam hidup kau.

Tapi kau penting dalam hidup aku.

Aku anggap kau sebagai sahabat, sebagai abang.

Dan kau sampahkan kepercayaan aku macam tu je.

As for me, love is important but trust is greater.

Kalau aku sayang someone, tak semestinya aku percayakan dia.

Tapi kalau aku percayakan orang tu, meaning aku sayangkan dia.

Dan kau buat percaya aku tu tak ada makna.

Kau buat inferior aku makin tinggi.

Kau buat aku rasa makin down, makin rendah harga diri.

Kau buat perasaan aku macam tak de nilai, tak de harga.

Terima kasih sebab buat aku sedar.

Men are not to be trusted at all. After all.

Friday, March 30, 2012

MDC 1: kiSaH mALam peRtaMa,,''

Aku bergegas mengejar langkah Mayamin. “Ami, cepat la!” jerit beliau memanggil aku. “Ye la. Kejap. Aku jalan la ni.”

Haisy, menyesal pulak rasanya lepas kelas tadi aku landing kejap atas katil. Tak pasal-pasal dah kelam-kabut nak ke mencari mana satu bas yang nak bawak aku pergi balik Terengganu ni. Dah 7,8 minit aku dan Mayamin berpusing-pusing di sekitar depan pagar Kolej Matrikulasi Gambang tu, tapi bayangan bas 3 ke Terengganu masih juga belum kelihatan. Walhal jarum pendek jam dah mula berganjak ke nombor enam.

“Adik, adik cari bas mana?” teguran seorang abang yang lebih aku suka untuk gelarkan beliau pakcik memutuskan lamunan pencarianku. “Terengganu 3.” Jawab Mayamin ringkas.

“Oh, kenapa tak cakap awal-awal. Bas Terengganu 3 tak ada dik.” Aku dan Mayamin dah mula menunjukkan muka terkejut beruk + tak puas hati.

“Bakpe lop?” soalan yang pure dalam bahasa negeri aku keluar tanpa sempat aku menekan brek kecemasan.

Pakcik tu hanya sekadar sengih. “Sebab orang yang nak naik bas 3 tak sampai separuh. Jadi kami tukar dengan van. Yang lebih-lebih tu kami letak dalam bas yang masih ada lompong-lompong. Dah, korang mari sini.”

Dah diajaknya kami pergi kat bas 2. Seorang gadis yang bersama pakcik tadi pun mengekori kami.

“Korang naik, isi tempat kosong.” Ces, gaya macam test lak nak isi-isi tempat kosong segala bagai. Kami pergi menyimpan beg pakaian kami di bawah. Aku melenggang kangkung seketika sebelum menyimpan beg. Waktu aku naik ke atas, aku lihat Mayamin telah duduk di tempat paling hadapan bersama seorang perempuan. Dan gadis yang aku lihat tadi sudah tidak terlihat kesannya di mana-mana. Mesti dah duduk tu.

Satu-satu wajah aku perhatikan dalam bas tu. “Ami, mu kene duduk nge budok laki ar mi.” Suara T-Rex atau nama sebenarnya Nur Athirah binti Jaya Karso menendang gegendang telingaku. “Haha, ye la tu.” Aku membalas dengan riak tak yakin. Budak T-Rex ni duk mengklepet aku masa sekolah dulu sampai aku dah lali kalau dia cakap certain benda yang aku rasa kurang logic. Tapi, tak logic ke lelaki dengan perempuan duduk bersama dalam bas? Ke tak logic dalam mental aku je?

Aku melangkah ke dalam perut bas. Masih tiada tanda-tanda tempat kosong. Sampai la aku ternampak Shima, roommate aku, di seat baris ketiga dari belakang.

“Ami, mu kene duk nge laki.” Dengan nada berbisik beliau memberitahu aku. Mata aku terbuka luas. Masa tu, baru la aku perasan yang 4 seat belakang telah diconquer oleh tiga jejaka asing yang pernah satu bas dengan aku sebelum ni. Aku pasrah. Memang dah takde seat lain. Dengan langkah yang makin tidak menampakkan ciri-ciri gadis melayu yang sopan dan mementingkan tingkah laku, aku menuju ke arah mereka. Seat paling kiri yang masih kosong aku tuju. Tapi aku masih belum dapat duduk kerana lelaki tu tak bangun-bangun pun dari seat dia. Weh, takkan nak suruh aku lompat kaki dia kot? Agak lama aku berkeadaan begitu sampai la beliau bangun lantas mengisi seat di tepi tingkap. Aku duduk dan perjalanan kami bermula.

Beg sandang Billabong aku letakkan di atas peha. Oleh kerana ni seat paling belakang, so aku tak dapat nak sandarkan seat ni. Heh, macam la selama ni aku pernah nak sandarkan seat tuh. Aku jatuhkan badan aku ke bawah sedikit. Kaki makhluk tak berapa nak cukup inci macam aku ni, boleh la nak buat camni. Aku perasan yang lelaki sebelah aku tu, letakkan beg dia kat tengah-tengah antara seat aku ngan dia. Bagus. Ada ciri-ciri lelaki yang menjaga batas perhubungan. Sedikit rasa hormat tumbuh dalam diri.

Handset aku capai dari poket seluarku. Hum, baru pukul 6.25 petang. Maghrib area 7.20 jugak ni. Bas bergerak dan lampu dimatikan. Aku dah agak sasau di seat aku. Kiri aku ada seorang lelaki. Kanan aku ada dua lelaki. Dan aku berada di seat paling belakang dalam keadaan yang gelap dan creepy. Dah la aku ni jenis pantang duduk dalam bas, kereta ni. Confirm aku tido. Kadang-kadang tu, atas motor pun aku boleh terlelap, apa lagi dalam bas.

Aku duk psiko diri aku sendiri. Aku takkan tido la, apa la. Perasan je la tu lebih. Dah duk dalam bas, gelap lak tuh, memang la aku takleh control nafsu mata aku ni. zzZzZzZZzzZZz....

“Hargh, ngarh..” tanganku dah mula mencakar-cakar udara. Gerhana bulan yang tiba-tiba berlangsung telah mengganggu proses pertukaran aku ke bentuk harimau jadian membuatkan tali pusat aku berasa tergeliat. Aku membuka mata. Cesy, cahaya dari handset makhluk sebelah kanan aku rupanya yang mengganggu mimpi aku. “Weh, beng ar wat gitu. Sian ke ye nok tido..” Aku yang dah tersedar yang aku memang tidur lena terdengar makhluk sebelah kiri aku memarahi makhluk sebelah kanan aku. Haha, agak gentleman makhluk ni. Up markah penilaian. Huh, gaya macam nak buat laki je, yang dah siap buat penilaian bagai ni.

Aku tutup mata kembali. Rasa macam selamat pulak nak tidur. Tiba-tiba je. Jadi aku pun terus menyambung kembali aktiviti harian yang terganggu tadi. Dan lepas tu, aku rasa macam bas tu nak berhenti je. Instinct betul. Aku buka mata. Oh ya, lupa lak. Mata aku adalah spisies yang tak boleh buka besar-besar. Memang jenis mata sepet pun. Jadi, kadang-kadang bila aku buka mata pun, orang ingat aku tido. Bengang je bila ingat balik yang aku kena denda masa form 3 dulu sebab cikgu ingat aku tidur dalam kelas.

Aku perhati keadaan sekeliling aku. Makhluk sebelah kiri aku – Mad Alif (macam mad asli, mad jaiz lak aku letak nama beliau ni) yang aku dapat tau namanya bila makhluk sebelah kanan aku panggil dia tadi. Ha, makhluk sebelah kanan aku namanya Syahlan kut. Ntah, aku lupa dah nama dia. Yang sebelah Syahlan tu pulak kalau tak silap aku, Faizul. Tapi, yela, biasa la kan, watak sampingan ni, aku tak ingat sangat nama. Watak utama siapa? Makhluk sebelah kiri aku.

Aku tengok ke kiri sikit. Aku tengok budak Mad Alif macam tengah duk usyar budak pompuan depan seat aku je. Ada sifat kegatalan melampau ke makhluk ni? Nampak muka macam budak baik. Hisy, Ami. Jangan wat dakwaan awal. Husnudzhon la sikit. Ingat, surah al-Hujurat ayat 12. Ingat. Ok. Jom try dengar apa yang budak Mad Alif ni duk sebut dari tadi. Aduyai, sedih la pulak aku tengok. Perempuan ni buat-buat tak dengar ke memang dia tak perasan makhluk sebelah kiri aku ni duk panggil dia? Bikin aku sedih je. Huhu.

“Awak, awak.” Aku sengih je kat seat tu. Nak buat apa makhluk ni nih? (Aku selalu guna perkataan ‘makhluk’ sebab aku biasa guna antara ‘makhluk’ ngan ‘mamat’ je. And u know what, ‘mamat’ tu kan maksud dia ‘mati’. Tak nak la doa kematian orang. Jpeace.)

Last-last baru la aku tau. The Mad Alif sebenarnya nak mintak tolong girl kat depan tu kejutkan aku dari tido. Nak berhenti solat Maghrib kan. So sweet of you la Mad Lif. Tapi, kau tak Nampak ke aku dah bangun sebenarnya? Kecik sangat mata aku rupanya. Tak sangka. Aku dah sampai tahap sayu benar dah melihat beliau cuba memanggil gadis di hadapan aku lalu aku menyound beliau, “Bangun doh la.” Sambil-sambil tu aku duk gonyoh-gonyoh mata.

Naik daripada solat Maghrib tu, aku tengok makhluk bertiga tu dah conquer tempat tu lagi. Heh, ada hati ke nak lawan kawasan jajahan diorang? Aku dah la sorang je.

“Erm, buleh dok kalu duk tepi tikap?” kata Syahlan sambil mengunjukkan ibu jarinya ke arahku. Heh, jenis yang tak dapat menentukan kata ganti nama diri apa yang perlu digunakan jugak? Memang jenis budak-budak baik la.

“Ok je.” Aku jawab. Dan perjalanan kami diteruskan dengan kedudukan aku dan Mad Alif yang dah bertukar. Baru la aku dapat dengar dengan jelas suara Mad Alif. Bising dah area belah kanan aku. Ye la, Three Musketeer dah bergabung, mana tak bising nya. Tadi kemain senyap je Mad Alif tu. Eceh, kata kat orang padahal diri sendiri pun sama je. Aku pun dah jadi patung cendana. Bisu semacam je.

Dan sungguh sangat amat dan teramatlah sangat aku bersyukur yang Allah takdirkan Mayamin tuh jadi sahabat aku. Yang sangat-sangat teramat memahami aku yang amat bosan tahap dewa duduk di belakang tu. Dia bagi aku pinjam mp4 dia. Lalala~ sayang mu Ami! (nickname si Mayamin ni pun Ami jugak)

Maka aku pun berdongdang sayang la kat belakang tuh. Memang dah tak hirau langsung pada jejaka-jejaka Chendering di sebelah kanan aku itu. (jangan Tanya camane aku tau. Ehek, gaya macam ada orang baca je entry ni. Oh, satu lagi. Syahlan tu dapat straight A’s dalam SPM’09)

Maka waktu aku berdongdang sayang dengan penuh ke’feeling’an itu,aku telah ter’asleep’ dengan lena sekali. Sungguh, aku tak sedar langsung apa yang jadi lepas tu.

Sedar-sedar je, aku dapat rasa yang kepala aku berada di tempat yang kurang sepatutnya. Kenapa belok semacam je ni? Sakit la.

Buka je mata, aku terkejut. Huhu, apa ni?

Aku Nampak dengan samar-samar je mulanya. Ingatkan mimpi, tapi oleh kerana rasa sakit yang menyucuk di leher, aku percaya ni reality. Bukan sekadar mimpi, fantasi,mahupun ilusi ataupun imaginasi. OMG!

Apa yang terjadi?

Aku Nampak siku Mad Alif betul-betul depan mata aku. Duh, sikit je lagi pipi kanan aku nak kena tangan dia. Dan air liur basi aku dah selamat mendarat atas beg dia yang kononnya jadi benteng kami tuh. Aku try nak lari, but.. argh! Why this is happening to me la.. aku dah mula merengek dalam hati. Gila! Kepala Mad Alif tak sampai seinci lagi nak kena pipi kiri aku.

Allah, tolong....

Kira-kira setengah jam lepas tu, baru la aku mampu nak melarikan kepala aku daripada siku dan kepala beliau. Duh, itu memang hadiah birthday aku yang paling besar pernah aku dapat. Dan juga pengorbanan paling besar pernah aku buat.

Boleh la anggap macam tu kut. Sebab mende ni berlaku pada 16th Nov 2010. Beberapa minit je lagi sebelum 17th Nov a.k.a. birthday aku a.k.a. hari raya korban. Sampai sekarang aku tak boleh lupa benda ni. Lebih-lebih lagi bila terserempak ngan Mad Alif kat FSG. Dan dia rupanya tinggal kat Perindu. Dan satu platun dengan aku sem lepas untuk kesatria Negara.

Komen Mayamin : kuat jodoh mu nge ye Mi.

Haha, ye la tu.


“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah sifat banyak syak wasangka kerana sebahagian syak wasangka itu perbuatan dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain..” (Al-Hujurat : 12)

Monday, March 26, 2012

mOodY mOoDy di pEtang hari,,"

Hari yang berlalu mengajar aku erti hidup yang berliku. Dalam masa beberapa saat, emosi aku bisa berubah tanpa aku sedari sebabnya. Entah kenapa. Mungkinkah ini konflik remaja yang biasa? Seakannya aku seperti mempunyai masalah yang berat, sedang aku sendiri tidak tahu menahu apa yang menggangguku itu. Aku menangis, ya. Aku menangis. Bukan kerana lelaki. Bukan kerana rasa iri. Bukan kerana tiba-tiba terasa hati. Apatah lagi kerna dicaci maki. Tapi entah mengapa aku bersedih hati. Dan yang lebih menyayat nurani, memang tiada siapa yang Allah takdirkan untuk mendengar rasa hatiku kala ini. Lalu, hanya pada Dia mampu aku meluah rasa qalbi. Dan hanya pada tanah sekangkang kera ini aku menggores mencoret rasa di sudut nubari. Ya Rabbi, kembalikanlah ami pada ami yang selayaknya menjadi ami yang terbiasa disakiti.

Detik waktu yang berlalu
Mengajarku erti hidup yang berliku-liku
Saat ku rebah, longlai dan kaku
Membuatkan diriku tabah mengikis kesilapan lalu
Dalam celahan rentetan sisa-sisa semalam
Ku teruskan perjuangan walaupun
Jiwaku kadang kala kelam
Meneroka kehidupan yang bermacam ragam
Adakalanya indah
Adakalanya membangkitkan perasaan geram...
Terlenakah aku dibuai mimpi-mimpi semalam?
Mampukah aku berdiri teguh
Seteguh gunung yang mencecah langit nan biru?
Aarghh...
Adakalanya sukar dimengertikan
Makna hidup ini...
Siapalah yang sudi memahami?
Kau? Aku? Dia? Mereka?
Tanyalah pada hati
Apa mahunya?
Tanyalah pada akal
Apa katanya?
Hidup ini mesti diteruskan
Walau apa kata mereka
Jadilah diri sendiri yang penuh pengertian
APALAH ERTINYA HIDUP
JIKA TIDAK DIMENGERTIKAN?

sajak ni my aboh yang tulis.

Sunday, March 25, 2012

mUngKin iNi tAkdiR-NYA"

.............................................
Mungkin ini takdir-NYA
Haruskah aku menangis
Pabila hujan berhenti
Sedang bianglala pasti kan tiba...
.............................................
..................................................
Mungkin ini takdir-NYA
Haruskah aku meraung
Tatkala cahaya tiba
Sedang dunia pasti kan tambah ceria...
.............................................
.................................................
Mungkin ini takdir-NYA
Haruskah aku bersedih
Bila cinta lama pergi
Sedang esok yang suci
Masih belum hadir menjelma diri...
.............................................
....................................................

Friday, March 23, 2012

saya membebel lagi''

Peringatan awal : entry ni bosannya tahap boleh membunuh. panjang lak tuh.

Achum!

Aiseh, demam x baik lagi la pulak. Tapi aku dah rindu nak membebel, membolok2 kat sini. Hum, what’s new ha? Entah.

Wahai, time time cenggini mesti aku ingat rumah. Bukan la kate kalu x demam x ingat kat rumah. NO. Tapi effect dia lebih la. Kan? Sape x sayang rumah kot. ‘Baiti Jannati’ kan? J

Kalu aku demam, masa arwah ada dulu, mesti dia yang paling risau. Sebab dia tau, anak dia yang ni la yang antibody paling lemah. Aku ingat lagi, masa aku form 1, masa balik rumah minggu tu, aku demam. Boleh nak dikatakan teruk. Sebab aku tak mampu bangun unless dia angkat aku. Masa tu bulan puasa. Dan hari tu, ada majlis buka puasa kat surau. Mak aku kompem2 la kena pergi. Tukang masak berwajib tanpa gaji tu. Ayah aku selalu je cakap, “Mah, tulong je la kalu orang mnta tolong. Ape yg susah nye.” Dan sememangnya mak aku selalu je rajin menolong orang.

Jadi, tinggal la kami dua beranak kat rumah magreb tu. Pa dukung aku bawak masuk dalam rumah. Masa mula-mula tu, pa baringkan aku kat beranda depan yang sekarang ni budak2 yg datang ngaji tuh tunggu giliran nak ngaji. Haha, gaya aku taip macam korang tau je design rumah aku camane kan?

Aku perasan, pa turun dari rumah, ambil daun cekur ngan daun bunga raya kat luar. Pastu dia amek besen, masukkan air, ramas2kan daun tuh, and baca ayat2 quran yang memang komfem aku x hafal. Aku dah x ingat dah pun surah apa dia baca. Bagus kan? Anak dengan ayah jauh je beza peel. Haisy,,

Bila pa dah siap ramas tuh, dia amek air tuh, slowly sapu kat dahi,tangan aku. Sungguh, kalu ingat balik air mata aku bergenang. Betapa kasih seorang ayah tu x dapat diungkapkan ngan kata-kata.

Sory eh? Entry hari ni banyak terhenti dek dengusan hingus aku yang aku dah tak pasti angkara selsema atau apa.

Dan bila demam tahap dapat 6 jenis ubat camni, aku mesti akan ingat dia jugak. Sebab masa akhir tahun form 3, aku kena chicken pox. Same timing ngan amin. Adik aku. Tapi mamat ni dah kena dah sebenarnya tahun sebelum tu. Entah. Dah nasib dia kena dua kali. Hu, yang tak bestnya, kami pergi klinik lain-lain timing & waktu. Sama la kan, timing ngan waktu? Heh, sory, pengaruh ubat batuk ngan selsema nih. Sebab tu ayat tunggang langgang skali.

Amin pergi pagi. Ngan sepupu kitorang. Sebab dia duk umah mak sdare aku mase tu. Aku lak pergi ngan kakak aku. Masa ni plak, aku sedar, ada orang dajalkan aku nyer mykad. Gila! Yang lain semua ok. Tapi cip yang tengah2 tu dah dikelar dengan kejam. Sape tah makhluk tak bermaruah tu yang x puas hati ngan aku. Sampai sekarang aku tak tahu sape yang berhati-hati gila masa wat mende yang tak berhati perut tuh. Tak pasal-pasal kena wat ic baru. Huhu, tapi ok gak. Nampak sket muka dalam mykad tu macam muka orang. Haha.

Opps, sory. Terbabas lagi. Amin gi klinik masa pagi. Dan antibotik yang dia dapat dalam bentuk tablet. Walaupun besar, still, dalam bentuk tablet. Aku? Yang kapsul tuh. Yang kalo makan rasa plastic tuh. Ya Rabbi, aku memang speechless masa tengok ubat tu. Amin tu, sopi baik hati tolong potongkan jadi kecil tablet tuh. Aku? Nak potong jugak? Pastu boleh ke nak telan yang dalam serbuk tuh? Lagi menyiksa batin kot.

Pada waktu tu, datang la seorang hero Malaya yang paling hensem, smart, kacak, bergaya, menawan dan yang sewaktunya di hadapan aku. Beliau menegur, “Doh bakpe dok makang obak ning? Kang dok baek saket kang ganer?” Hambek, dengan penuh kepekatan base ganu aku bagi. “Bukan akmboh makang pa. X reti nok makang ganer..” Kata aku dengan riak wajah yang bakal menitiskan hujan rebut dalam jangka masa 2.851saat.

“Doh meh sinim..” kata beliau seraya menarik tangan aku duduk di ribanya. Aku agak khuatir, takut-takut virus chicken pox ni akan menyerang lelaki paling penting dalam hidup aku tu. Tapi aku tiba-tiba teringat yang beliau memang dah pernah kena pun penyakit ni. So, relax je la.

Beliau ambil satu kapsul tu, slowly masukkan dalam mulut aku. Lepas aku x tahu dia baca apa sebelum tuh. Ayat penerang hati kot. Nak suruh senang makan ubat. Ada ke ayat camtuh? Entah. Beliau suakan gelas berisi air tadahan hujan ke mulut aku. Wakaka, aku tipu. Air tapisan la. J

Sejak hari tu, kalu aku nak makan ubat kapsul, mesti beliau yang suapkan. Aku pun x tahu kenapa tapi kalau aku nak acu cuba try test makan sendiri, mesti aku akan muntahkan balik ubat tu. Serius tak tipu. Apa la nak jadi ngan aku kan?

Tapi sekarang ni aku dah pandai makan ubat sendiri. Kalau tak pandai pun, aku nak harapkan sape kan? Beliau dah takde untuk aku bermanja-manjaan bagai nih. Huhuhu.

Sejujurnya, hidup aku terlalu dibayangi oleh lelaki. Ada orang pernah Tanya, “Ami, kau nak jadi lelaki ke? Dengan rambut macam tu. Dengan cara duduk, cara jalan macam tu. Favourite lak tengok WWE. Mi, sedar la. Kau tu perempuan. Wat la gaya perempuan.”

Aku sangat tak tahu apa aku nak jawab masa tu. Cuma aku agak terkilan bahagian rambut tu. Arwah tak pernah larang aku potong rambut sependek mana pun. Kalau anak dara dia yang lain? Hum, mau dibasuhnya dengan Clorox. Haha, tapi aku tak. Beliau bagi je aku buat apa yang aku nak buat. Cuma kalau terlampau lasak tu, ada la jugak upahnya. J

Bagi aku la, kalau kau perempuan pun, it’s up to u la nak wat rambut gaya camane pun. Asal jangan dye udah. Sebab tu dah masuk term mengubah ciptaan Allah. Allah laknat sape yang ubah ciptaan dia. “Habis, yang kau buat rambut cam laki tu, x dilaknat? Perempuan menyerupai lelaki dan lelaki menyerupai perempuan kan dilaknat jugak?”  Gaya rambut aku cam laki ke? Sape yg tetapkan hukum kalo rambut camni, rambut laki, kalo rambut camtuh, rambut pompuan? And one more, kau pernah jumpa lelaki pakai tudung ke? Tudung tu kan sejenis pakaian perempuan. Kira aku tetap menyerupai perempuan la, walaupun aku botak sekalipun.

Aisy, terpanjang pulak di atas sane.

Maaf. Teremo pulak kat situ.

Ok. Sambung balik. Masa kecik, aku sangat tak paham kenapa aku disisihkan oleh kakak-kakak aku. Ntah apa yang mereka tak puah hati pun aku tak tahu. So, that’s why la aku rapat ngan abang-abang aku ngan adik-adik aku skali. Masa kat sekolah rendah pun, boleh kira berapa ramai budak pompuan yang redha nak kawan ngan aku.

But seriously, budak laki accept aku tanpa syarat.

Ni salah stu benda yang best pasal laki – kawan tanpa syarat.

Family aku tak kesah aku nak kawan ngan sape2 pun. Up to me la. Tapi mereka tak bagi kalau nak keluar berdua2an bagai tuh. Yea, family aku open minded walaupun kami duk kampong, tapi sentiasa berbatas ye.

Sejujurnya, aku punya impian nak cari suami yang macam arwah dearest aku. Tapi spisis macam dia dah makin kurang. Ke dah lupus semuanya? Another entah di situ.

Haha. Jadi, selama aku hidup, adalah jugak 5 6 orang nak jadikan aku awek diorang. Tapi entah mengapa aku memang x pernah accept. Mungkin sebab aku dah anggap diorang macam sahabat sendiri. Macam abang sendiri. Atau mungkin aku yang ego. Yang tak pernah nak mengaku kalau aku suka someone, malahan aku makin wat perangai x makan saman depan lelaki yang kononnya sukakan aku tu.

So, masa aku form 4. Aku digosipkan denganseorang lelaki – yang –malas – untuk – aku –taip – namanya – di – sini. At first, aku x tertarik langsung. Sue me. Aku memang tak suka dikaitkan ngan orang. Lagi-lagi manusia yang aku x tau pun kewujudannya.

But then, bila aku kenal dia. Aku rasa persepsi aku berubah. Dia pendiam, tapi nakal. Dia pendiam, tapi lincah. Dia pendiam, tapi aktif. Dia simple, tapi attractive. Dan markah bonus dia yang paling besar, setiap kali aku tengok dia, aku mesti akan teringatkan arwah. Aku melihat dia dengan pandangan seorang anak ke? Aku pun tak pasti. Aku cuba dekatkan diri ngan dia. Tapi macam tu la. Aku ni ngan orang x kenal mana ada nak merengek ke apa kan. Dia ada keinginan nak dekat ngan aku (kot) tapi aku tolak. Aku pun tak tahu kenapa.

Tapi betul. Aku suka dia. Cuma aku x tahu aku suka dia sebagai apa. Sebagai seorang gadis pada seorang jejaka atau ia hanya secebis rasa rindu seorang anak pada ayahnya yang telah tiada??

Makin lama, hubungan kami makin renggang. Aku mula tak tentu arah. Mula-mula aku fikir, kenapa Allah tak tentukan aku ngan dia sebagai jodoh tapi mak aku Berjaya bertemu jodoh ngan seorang lelaki yang sungguh baik seperti arwah. Aku wat random hipotesis. Sebab mak kau baik, dia deserve seorang lelaki yang baik tu. Habis, meaning aku jahat la yang aku x boleh dapat lelaki yang macam tu?  Lelaki yang boleh dijadikan imam subuh.

Tak lama lepas tu, kawan aku citer, manusia tuh memang macam tu sebenarnya. Dia bagi harapan kat orang, then dia blah. Ia membuatkan aku terfikir. Mungkin ni kafarah dosa aku yang menyakitkan hati lelaki lain ngan kata-kata aku or perlakuan aku. Seikhlasnya, memang aku layan lelaki lebih kurang je. Aku guna aku mu, aku kau. Saya awak? Certain case yang memang x dapat dirawat. Berbahasa guna nama je? Ada la kot. Tapi dah x contact sangat. Sebab dia pun ajak aku couple.

Apa yang aku nak cerita sebenarnya ni? Haha, aku pun dah naik keliru. Mungkin sebab Bena Expectoran aku dah masuk liang-liang dalam otak sampai aku dah x tahu apa yang aku membebel kat sini ni.

Sebelum ni, ada aku citer sal lelaki lain yang cakap lelaki A ni suka aku kan?

Aku nak share something. Aku Tanya pendapat kawan-kawan aku. Ada yang menyokong, tak kurang yang suruh berhati-hati. Tapi yang paling best, “Ami, Allah tau apa yang terbaik. Tanya la Dia.”

Terima kasih pada lelaki yang yg beritahu aku tentang kawan dia tu dan pada sahabat yang mengingatkan aku pada Dia lagi. Kuraang-kurang, aku bangun tengah malam untuk wat isti. Tapi kan, tu memang mentality kita kan? Solat sunat isti tu wat cam majlis mencari jodoh je kan? Padahal, banyak gla pilihan yang kita nak kena buat setiap hari. Yang memerlukan kita untuk berfikir menggunakan akal, bukan kepala lutut!

Serus. Aku nangis sangat2 masa aku mengadu pada Dia. Aku sendiri tak faham apa yang aku rasa. Allah je yang tahu apa yang ada dalam hati aku. Kenapa aku nangis? Kenapa bila baca nama dia, bila terdengar nama dia, jantung aku berdegup kencang sangat? Otak aku rasa ringan sangat? Kenapa??? Aku tak paham.

Jadi aku minta ngan Allah.

“Ya Allah, Tuhan sekalian alam. Hanya Kau yang mengetahui apa yang terselindung dalam denyut nadi ni. Hanya Kau yang tahu apa yang aku rasakan, bahkan lebih Kau fahami aku berbanding diriku sendiri. Ya Rabbul Izzati, andai hatiku terpaut padanya, dan andai kami berkongsi rasa yang sama, Kau lindungilah hati kami dari fitnah dunia. Lindungilah hati kami dari godaan syaitan. Dan apabila sampai masanya, Kau satukanlah kami dalam haluan takdir-MU.”

Masa aku minta tu, air mata aku x henti-henti mengalir. Sebab aku dah lama sangat tak bangun qiyam. Dan datang seorang manusia yang diutus Allah untuk aku kenang dosa-dosaku. Aku sangat sedih.

Why?

Sebab Allah terpaksa hantar ujian macam ni baru aku nak minta kat Dia.

Dan lepas aku berdoa, aku dah jadi lebih tenang. Walaupun ada je orang yang nak wat aku jeles, aku wat muka toya je. Why? Sebab aku tau, kalau dah jodoh, tak ke mana. Tapi kalau memang takde jodoh, kau duduk dekat camane pun, takkan bertaut jugak kasih tu.

Ok. Aku nak tido. Mata aku dah sampai limit.

Salam.

Wednesday, March 21, 2012

si jAntuNg hAti"

Aku tak pernah fikir kisah kita akan jadi serumit ni. Aku tak pernah fikir kau akan cakap macam ni. Sedangkan selama ni, kau selalu buat muka takde hati. Tapi kau cakap kau jadi macam tu sebab dari mula lagi hati kau dah aku curi.

Selama ni kita tak pernah ketawa bersama. Aku selalu buat kerja aku je, dan kau pun sama. Kau sangat suka tengok aku buat perangai budak gila. Aku pun tak tau sebab apa. Tapi, entah la. Kau pun sebenarnya sama je gila. Tapi kau cover, sebab kau tak nak orang kutuk kau terlebih over.

Aku sering terfikir, mungkin ke akan ada senyum yang akan terbit dalam diri kau kalau aku muncul? Aku sering terfikir, mungkin ke kau akan sedih andai aku tak kan hadir lagi dalam hidup kau. Fikir punya fikir, aku tak ke mana. Entah la, mungkin sebab kita selalu bersama, aku tak dapat bayangkan keadaannya.

Kini dah berbulan aku pergi. 6 bulan datang dan aku masih di sini. Bukan aku tak pingin pulang menjengukmu duhai si jantung hati. Tapi yang aku hadapi adalah masalah cuti!

Duhai cintaku. Bersabarlah. Andai ada jodoh antara kita, pasti kita kan bertemu lagi.

SALEH! WO AI NI!

saya sayang awak

:p

Saturday, March 17, 2012

aNdai ketentUan itu bukAn suAtu ketEntuan..."

Hai. Selamat sejahtera.

Entah mengapa tiba-tiba jari ini bagai terpanggil untuk menaip kembali di netbook tua ini. Walhal entry semalam pun masih belum sempat diteliti oleh sahabat yang mengikuti blog ini. Tapi, biarkanlah saja kerana andai aku lupakan tentang ini, pasti ilham ini akan pergi tak kembali kerana begitulah mindaku sejak azali. Sekali aku biarkan ia pergi, ia takkan pernah akan kembali ke sisi.

Lalu marilah kita go through tajuk kita pada hari ini, yakni “Andai ketentuan itu bukan suatu ketentuan.”

Seringkali kita dengar, seseorang itu berkata, “Argh, kalaulah ini hanya khayalan semata-mata.” Atau “Ini hanya mimpi! Mimpi!” Atau juga, “Apa yang aku dah buat ni? Sepatutnya bukan ini yang berlaku! Aku tak patut buat macam ni. Ini tak sepatutnya terjadi!” Apa yang dapat kita faham daripada emosi mereka yang dilemparkan melalui kata-kata ini? Ya, apa yang dapat kita cerna ialah mereka sangat berharap bahawa apa yang mereka hadapi itu bukan suatu ketentuan. Dan mereka menyesal dengan tindakan yang telah diambil.

Sahabat sekalian, bukanlah aku ingin menghukum seseorang itu dengan ilmuku yang sungguh cetek berbanding orang lain ini, tapi apa yang aku tahu, menyesal dengan cara yang tidak berhikmah adalah suatu dosa. Ya, aku tahu ada hadith “Penyesalan itu adalah suatu taubat.” Aku juga belajar tentang itu tapi yang aku tekankan di sini adalah menyesal dengan cara yang tidak berhikmah.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Tahukah kita menyesal dengan cara yang tidak berhikmah itu bagaimana? Iaitu apabila kita menyesal, tetapi sesalan itu tidak membawa kita ke jalan yang benar, tidak menyuluh kita pada siratulmustaqim. Lalu, kita semakin sesat dalam mencari erti hidup.

Kadang-kadang, dugaan yang Allah beri berdasarkan apa yang kita pilih juga boleh merosakkan iman. Contohnya jika kita memandu dengan had laju yang melebihi daripada yang dibenarkan dan secara tak sengaja, terlanggar pembahagi jalan dan ibu kita meninggal,(Nauzubillahi min zalik, minta dijauhkan.) apa yang akan kita lakukan? Menyesal? Meratap? “Kalaulah aku tak bawak kereta laju-laju, mesti mak aku tak meninggal..”

Sahabat-sahabat sekalian. Itu tidak membantu sesiapa pun andai itu yang kita lakukan. Ibu kita takkan hidup kembali. Dan kita mesti ingat, ajal dan maut itu di tangan Tuhan. Kita takkan dapat menahan Izrail daripada mengambil nyawa apabila telah sampai masa yang dijanjikan-Nya.

Sahabat, setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya meski sukar untuk kita temui pada awalnya. Seperti aku, aku juga kadang-kadang sukar untuk menerima takdir, walhal setiap takdir yang Allah takdirkan untuk kita adalah takdir yang terindah sekali buat kita.

Aku sering tertanya, mengapa aku tidak selembut kakak-kakakku yang lain. Rupanya Allah ingin beri aku kekerasan hati supaya aku tak rapuh menahan onak duri kehidupan.

Aku sering tertanya, mengapa aku tidak seperti sahabat-sahabatku yang begitu tekun, begitu mudah untuk menerima ajaran. Rupanya Allah tak ingin penyakit riak menyelubungi benakku.

Aku sering tertanya, mengapa manusia seakan tak pernah menghiraukan perasaanku. Mengapa mereka mengambil mudah apa yang aku cuba sampaikan. Rupanya Allah ingin menegaskan padaku, hanya Dia Yang Maha Mendengar setiap sesuatu.

Aku sering tertanya, mengapa hati aku keras seperti kayu. Rupanya Allah tak ingin aku terjerumus dalam permainan hati dan perasaan yang sengaja iblis dan syaitan tiupkan dalam segenap lakuku.

Aku sering tertanya, mengapa ayahku melayan aku terlalu rapi, sedang aku bukan satu-satunya puteri yang dia miliki. Rupanya Allah ilhamkan dia begitu kerana Dia tahu hatiku tak seteguh adik-beradikku dalam menerima berita pemergian dia pada Tuhannya, lantas dia pagari kesedihanku dengan memori-memori indah yang mampu menghadirkan kuntum-kuntuman senyum.

Aku sering tertanya, mengapa selepas mendapat keputusan UPSR, aku hanya terdorong untuk mengisi satu borang sahaja, yakni borang sekolah agama. Rupanya Allah ingin beri aku ruang untuk isi hatiku dengan ilmu untuk menjadi seorang manusia.

Dan andai ketentuan ini bukan suatu ketentuan, entah apa yang aku akan lakukan sekarang. Entah apa yang aku fikirkan sekarang. Dan mungkin, aku hanya manusia pada nama, bukan pada perilaku, bukan pada pekerti.

Thursday, March 15, 2012

kemengoman saya menjadi bukti..

Hai. Nama saya ami. Ni blog saya. Memang la kan, kalo tak haram jadah apa aku duk membebel kat sini, ye tak?

Dah. Enough with the ridiculous intro. Hari ni sungguh special. Kenapa? Sebab masa aku menaip ni, 16 Mar., 12. Ada apa ngan tarikh ni korang tanye? Ade la tu.. ha? Apa? Hari aku menjadi kamen rider double? Tak. Mana ada. Aku tak secute tu pun. Ok. Aku mengarut lagi.

Sebenarnya, aku nak story-morykan something yang aku masih rasa terkedu tak habis-habis lagi sampai sekarang. Dush, aku sungguh x tau apa yang terjadi pada aku kini. Mungkinkah minda  aku sedang berevolusi? Dari pemikiran primitive kanak-kanak pada pemikiran evolution adult yang x sedar diri? Yang matang? Entahla. Aku pun pelik.

Ok. Intro yang terlebih dan melebih-lebih kan? Jom la ami.

Baiklah. Begini kisahnya. Pada zaman dahulu kala, ada seorang nelayan tua sedang menyapu sampah di tepi perigi. Dia hidup dengan pendapatannya sebagai insan yang menyediakan baju-baju yang ditempah oleh masyarakat di kampungnya, biasanya waktu dekat-dekat nak raya la. Pada suatu..

Aisyh! Yela, yela. Saya cerita la ni. Huh, jeles la korang ni. Tak boleh ke I nak berlipur lara barang seketika? Menci la. Menci menci menci!!

Ok. Mental aku sungguh x stabil sekarang. Patut ke aku cerita kenapa aku jadi semengom ni?

Baiklah.aku citer la ni. Baru-baru ni, aku call kawan lelaki aku. Tanya pasal something yang aku x boleh cerita kat sini sebab confirm korang akan tau sape yang aku call kalo aku bagitau apa hal yang membuatkan aku call dia KALAU korang kenal aku sape di alam reality. Oleh kerana aku tau korang yang x berapa nak ramai ni, boleh dikatakan 97% kenal aku di alam maya & fana, aku x boley nak gitau.

Ok. Sambung citer. Cakap-cakap, then aku.. aku cakap terus-terang. Kalo aku cakap ngan manusia ni, mesti aku akan mula mengarut membebel yang bukan-bukan. Serius. Aku dah Berjaya wat ayat senttap sampai dia diam sebilion bicara buat seketika. Tapi ternyata ayat dia lagi mempunyai kesan yang mendalam pada mental aku. Buktinya? Tu kat atas tu. X Nampak aku dah jadi mengom ni?

Apa yang beliau bagitau aku?

Aku Tanya dia kalo-kalo dia tau sape yang baik ati sangat topupkan untuk aku. Ye, aku tau rm4 tu sikit je. X macam korang yang sekali topup rm50, dua kali topup rm200. Ye, aku sedar. Tapi oleh kerana kejadian ni sangat teramat jarang berlaku, maka aku pun berasa takjub dan aneh la di situ.

Lalu, aku mendapat jawapan yang sungguh aku tak duga. Dari lubuk hati. Jua lubuk naruni.

“Well, orang ada ramai peminat. Kan?”

Agak gedik rasanya ayat beliau di situ.

Lalu aku membalas, “sape lak yang tader keje nak minat aku.”

“***** la tu yang topupkan utk ko.”

“Asal dia nak topupkan untuk aku lak?”

“Ko x tau ke ami? ***** minat kat ko la. Dari mula-mula lagi.”

Heh, aku saje asterisk semua huruf. Korang ni cerdik. Kalo aku masukkan satu huruf pun korang dah boleh agak nanti. Ni aku letak asterisk pun aku ase korang boleh nak agak kan.

Sambung. Aku terkedu seketika. Seketika je. Tapi pastu aku mula merepek yang bukan-bukan. Mentality aku x dapat nak terima info yang baru je menerombos masuk memukul gegendang telinga aku.

Seriously. Aku takut kalo mende camni berlaku. Lagi. Apa makna suka, minat tu pada lelaki? Test market? Buat game nak tengok minah ni jenis macam mana macam mana? Atau sekadar nak berseronok konon aku remaja, so remaja kena buat apa yang mentality remaja selalu buat?

Aku takut. Kenapa? Banyak sebab. Aku takut aku akan terleka. Dan terluka. Allah dah bagi pengajaran kat aku. Camane rasa dipermainkan. Kaw-kaw lak tu. Aku dah la x pernah ada experience dalam hubungan kasih sayang antara ajnabi ni. Then, sorang lelaki hadir dan wat hidup aku lain.

Dan ternyata tu semua hanya mainan bagi dia. Perasaan aku takde harga. Dan semua tu hanya satu game untuk memuaskan hati mereka. Dan apa erti lelaki yang baru hadir ni pulak? Haruskah aku meneka? Atau patutkah aku biarkan saja? Kerna aku sangat tak pasti, entah perasaan apa pula yang ada dalam hati dia.

Sejujurnya aku akui, masa mula-mula tu aku memang agak tertarik pada dia. Sebab aku selalu rasa yang dia tengok aku. Well, biasa la orang terlebih perasaan kan? Terlebih perasaan sampai aku dah tak tahu apa yang aku rasa dan apa yang patut aku rasa.

Tapi, oleh kerana aku adalah seorang makhluk Allah yang sedar diri walopun x berapa nak sedar sangat, aku pun psiko mental sendiri. “Ami, dia bukan tengok kau. Dia tengok meja kat belakang tu.” “Ami, dia tak tengok kau. Ada pompuan cantik yang lalu belakang kau tadi tu.” “Ami. Dia xde sebab nak tengok kau camtu. Mungkin monyet yang lalu belakang kau tadi ada sayap tu.” “Ami, dia takde perasaan pun nak tengok kau. Dia tengah kutuk kau dalam hati tu. Mesti dia kata kau x pandai jaga muka sampai ada jerawat bagai tu.” “Ami. Tolong jangan perasan. Dia tak tengok kau pun. Nampak je macam dia tengok kau, tapi sebenarnya tak. Kau x tau ke mata dia juling?”

Huh. Teruk x aku nyer illness sekarang? Dua malam ke tiga malam dah aku x leh tido lena sangat sebab ni. Asyik mimpi ngeri je. Dush, aku nak wat muka bodo je. Tapi aku tau, aku xkan dapat tengok muka dia face – to –face dalam 3 4 menjak ni.

Dah. Kau nak bace apa lagi?

Dah habis la.